"Stay or leave?" Surat ugutan itu dipegang kemas oleh Darwisy.
Sekarang kami berlima berada di markas The Hawk. Wajah ahli Hawk yang berada di ruang ini dipandang satu persatu. Tegang. Semua menunjukkan wajah runsing.
"Dalang semakin berani sama kita. Kita enggak bisa berdiam diri jika kita terus diancam kek gini."
"Kita harus saling bergantung antara satu sama lain supaya kita enggak terus diancam oleh dalang."
"Eshal kau dah cari siapa perempuan yang bagi surat ni?"
"Dah. Dia cuma pelayan pada malam itu. Dia tiada kaitan dengan mana-mana geng motor. Dia cuma menerima arahan daripada satu mesej. Dia terima tawaran itu sebab dia perlukan duit."
"Mak dia sakit jadi dia kena cari duit untuk bayar rawatan mak dia. Dia tak pernah jumpa dengan orang yang bagi dia arahan untuk bagi surat itu."
"Surat itu dia jumpa di dapur sewaktu dia mahu mengambil minuman untuk diberikan kepada tetamu yang datang."
"Kejap," sampuk Rareesa.
"Are you telling us 'He' was there last night?" Rareesa menyoal Eshal. Eshal angguk. Otakku mula berfungsi.
Jadi, semalam dia juga berada di parti Ardan. Kenapa aku tak boleh agak apa yang akan berlaku?! Arghhh!
"Damn! Althea, kau adalah target utama dia. Aku tak rasa dia cuma nak ugut kau." Darwisy pula bersuara.
"Aku rasa aku tahu. Kalau dia dah tahu Althea adalah leader Hawk. Tak mustahil dia tahu banyak lagi tentang kau."
"Ugutan yang dia berikan samar-samar tapi aku rasa ada sesuatu yang dia nak."
"Maksud kau Ez?" soalku.
"Kenapa dia pukul Ayden? Tapi biarkan Darwisy macam itu je." Kening Maeza diangkat.
"Atau jangan-jangan dia mahu jadi leader geng motor Hawk? Supaya dia bisa lebih berkuasa daripada Ayden?" Wafiy mencelah.
Mungkin. Takhta Hawk menjadi rebutan. Tapi, untuk apa?
"Ada benarnya juga sih. Emangnya kenapa dia mahu jadi leader Hawk?" soal Rareesa pula.
"Emangnya Reesa enggak tahu ya?! Leader Hawk merupakan takhta yang semua orang mahu kerana siapa yang menjadi leader Hawk bisa mengatur dan mempimpin semua geng motor di Bandung ini."
"Jadi, title ini bukan sembarangan orang bisa ganti."
"Tapi kan, di Bandung cuma ada empat geng motor. Ada geng motor yang lain ke selain empat ni?" soalku ingin tahu.
"Ada. Empat ini adalah yang paling berkuasa di Bandung. Yang lain ada cuma tak sekuat dan sebanyak geng motor kita," terang Darwisy.
Kenapa aku tak tahu? Jadi, hal ini bukan boleh dibawa main?! Aku ingatkan hanya ada empat geng motor tapi ada banyak.
Hati mula berubah rentak. Rasa tak sedap hati. Ada banyak musuh. Kalau ikutkan kes ini melibatkan banyak pihak. Kenapa aku terlepas pandang?!
Jadi, selama ini keselamatan abang Ayden terancam kerana hal ini dan tanggungjawab yang dia laksanakan sangat berat.
"Sekarang ini, aku rasa kita kena susun strategi yang lebih bijak berbanding dalang. Sebab aku rasa dia hanya berani memberi kad dan surat ugutan. Jadi, aku rasa dia ini seorang yang pengecut." Darwisy memberi cadangan.
Kami angguk. Semua mengerti dengan arahan yang diberikan oleh Darwisy. Walaupun aku ketua dalam geng motor ini namun aku lebih memilih untuk menerima cadangan daripada orang lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Misterio / Suspenso1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...