Setelah selesai makan di restoran tersebut, kami beransur untuk pulang. Maklumlah selepas Maeza dan Rareesa membuat kerja separuh masa di restoran tadi semua orang mula beramah mesra dengan mereka. Ada juga yang meminta nombor telefon untuk berkenalan. Maeza apalagi suka lah. Rareesa pun tak terkecuali. Dua-dua sama! Pening aku dibuatnya.
"Ez, kita balik guna jalan satu lagilah. Aku rasa macam seram sejuk guna jalan tadilah." Rareesa memandang ke arah Maeza dengan muka yang serius.
"Bagus jugak tu. Aku rasa macam semacam je mamat tadi pandang kita. Dah tua-tua pun nak menggatal ke apa?" kata Maeza pula.
"Kau macam mana Arsya? Okay tak?" soal Rareesa kepadaku.
"Okay," jawabku sepatah.
Kami bertiga berjalan keluar beriringan daripada restoran ke arah motor masing-masing. Helmet full-face dipakaikan. Pedal minyak ditekan lalu kenderaan dua roda membelah jalan raya pada waktu malam.
Benda biasa yang kami bertiga buat apabila berada di atas jalan raya. Eh, bukan bertiga tapi aku sorang je. Haha.
"Woi, Arsya bawa slow lah sikit. Tak payah nak race malam-malam gila," marah Maeza. Suara Maeza yang nyaring di belakangku aku hiraukan.
"Arsya, kau tak payah nak main-main lah. Jalan ni gelap gila," marah Rareesa kepadaku pula.
Dua-dua panggil aku gila. Aku waras lagi lah. Nak test power sikit pun tak boleh!Hesh!
Aku mula menghadkan kadar kelajuan motorku. Kami memandu beriringan seperti tadi. Helmet full face aku buka. Masih diam mengamati malam dengan angin yang menampar pipi. Bahagian kagemaranku apabila ride adalah angin malam dengan suasana lengang di jalan raya.
Sedang aku melayan angin malam, Maeza dan Rareesa memecut laju meninggalkan aku di belakang. Tanpa salam tanpa signal mereka meninggalkan aku seperti palesit.
Belum sempat aku mahu menekan minyak untuk memecut laju mengikuti jejak mereka berdua tiba-tiba, datang sekumpulan geng motor di belakangku.
Aku mula panik dengan kehadiran mereka. Seorang lelaki di sebelahku cuba menendang superbikeku. Namun, aku lebih pantas mengelak lalu menendang superbikenya.
Aku terus menukar dalam mood "sport" dan memecut laju ke arah kanan. Geng motor jauh aku tinggalkan di belakang. Namun, nasibku malang apabila motorku tiba-tiba perlahan dan berhenti di tengah jalan. Waktu macam inilah minyak nak habis. Haila.
Benda pertama yang aku fikir adalah macam mana kalau ini kali terakhir aku hidup? Black Mamba aku heret ke semak. Walaupun nyawa aku dalam bahaya BM kena selamatkan jugak!
Aku terus berlari ke arah kanan. Kaki melangkah selaju yang mungkin. Tanpa was-was aku terus belok ke kiri lagi. Ada bangunan kosong. Aku berhenti seketika di ruang tersebut. Jantungku berlari dengan laju. Nafas cuba diatur.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki dengan full faced helmet dikepalanya datang menghampiri aku. Dia terus menarik tanganku. Aku yang blur hanya mengikuti langkahnya. Kami berlari ke arah ruang yang agak sunyi bagiku. Takut. Aku takut dengan lelaki yang heret aku sekarang ni. Kalau tadi, aku mahu lari daripada sekumpulan geng motor yang mahu serang aku tapi, sekarang aku mahu lari daripada lelaki yang heret aku. Malang betul nasib aku sekarang ini.
Apabila langkah kaki agak jauh daripada geng motor tadi, dia berhenti. Aku pun turut berhenti. Dia memusingkan badannya ke arahku.
"You're safe now canim," kata lelaki misteri tersebut. Tanganku masih dalam genggamannya. Aku mengangkat tanganku yang berada dalam genggamannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Mistério / Suspense1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...