Bab 39

178 10 0
                                    

Malam ini merupakan family dinner. Aku dan suami aku makan malam di rumah baba dan bubu. Setiap bulan akan ada family dinner. Aku dan Evren akan datang mansion baba dan bubu setiap bulan untuk family gathering. Dinner malam ini, aku nampak adik ipar aku datang dengan seorang perempuan. Cantik! Sejak bila Elzin Hakim pandai main cinta ni! Selalunya dia cakap kalau perempuan ini menyusahkan hidup dia. Something fishy!

Tema untuk family dinner malam ini, aku tak rasa ada tema sebab lebih kepada santai. Aku cuma mengenakan seluar palazo dengan baju t-shirt baggy. Evren pula mengenakan baju t-shirt berwarna cream sedondon dengan aku. Dia yang cakap kena pakai sedondon baru nampak macam happy marriage. Banyaklah happy marriage dia. Nasib baiklah suami!

Bunyi sudu dan garfu berlaga di meja makan. Semua sibuk menikmati hidangan yang disajikan. Aku pun turut menikmati masakan bubu. Tak pernah mengecewakan. Sedap macam biasa.

Dalam sibuk menjamu selera. Manusia di tepi aku menyiku lenganku. Aku memandang ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan Encik Evren Hakimi. Aku memandangnya dengan mengangkat kening ke arahnya lalu menunjukkan thumb up sama ada dia okay atau tak. Dia hanya tersenyum dan tersengih. Aku hanya hiraukan dia.

Belum sampai lima minit, tiba-tiba paha aku disentuh.

"Arghh." Aku menolak tangannya yang mendarat diatas pahaku tadi. Angkara siapa kalau bukan manusia di sebelah aku ini. Encik suami aku ini dah kenapa? Aku pandang Evren. Muka tak bersalah dia tayang. Semua mata memandang ke arahku.

"Kenapa Arsya?" soal baba kepadaku. Bubu memandang aku dengan hairan.

"Tak ada apa-apa lah baba. Ada lipas bawah meja." Evren menahan senyum di sebelahku.

"Hah? Lipas? Sejak bila rumah kita ada lipas? Baba tak tahu pula rumah ini ada bela lipas." Bubu memandang ke arah Evren seakan faham dengan maksudku.

"Baba, lipas ni limited edition baba. Dia miang dengan isteri dia je baba. Meluat angah tengok lipas ni. Kalau baba bunuh pun tak mati baba," sampuk Hakim.

Bubu menahan senyum. Baba masih dengan muka yang berkerut cuba menghadam kata-kata Hakim.

"Hakim, kau bawa siapa ini?" Evren cuba menukar topik. Dia juga sama seperti aku. Mahu tahu siapa gerangan wanita di sebelah Hakim.

"She is my friend," jawabnya acuh tak acuh.

"Ye ke kawan?" Bubu bertanya.

"Ye bubu. Nama dia Zaara Azalea." Hakim memperkenalkan nama wanita itu.

"Hai aunty. Uncle." Sapanya malu-malu.

"Makan banyak-banyak ya. Aunty kamu masak special malam ni. Hakim kata nak bawa kawan jadi aunty yang excited masak tadi." Baba menjemput wanita yang bernama Zaara Azalea itu. Dia angguk.

"Tuan Ershad Hay dan Puan Eva Nabeela. Siap-siap lepas ini nak dapat menantu baru ya." Evren berseloroh.

"Kalau yang itu saya setuju Tuan Muda Evren Hakimi." Baba membalas.

Mula dah. Benda biasa apabila anak dengan bapak apabila sudah mula bergurau. Macam biasalah aku dengan bubu hanya diam. Hakim dan Zaara Azalea sudah diam tersipu malu.

"Kira jadi la ni Hakim." Evren giat menyakat adiknya itu.

Hakim masih mengulum senyum. Pipi Zaara sudah berona merah.

"Dah-dah mengusik adik kamu itu Kimi. Baba ni pun sama. Bapak borek anak rintik betullah kamu berdua ni." Mereka berdua mengangkat kedua-dua belah bahu. Tanda tidak bersalah.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now