Bab 13

306 14 0
                                    

Hari ini mama bagi arahan dekat aku yang aku kena ambil budak kecil yang mengada itu balik dari sekolah. Encik Arman Akhtar pula sibuk dengan kerjanya jadi aku yang kena jemput dia. Bukannya tak ada driver tapi memang sengaja nak suruh aku jemput budak kecil ini.

Dengan rasa malas yang menggunung aku gagahkan diri aku untuk jemput dia dari sekolah. Aku datang awal ke situ. Superbike aku parkir di luar pagar sekolah tersebut. Sementara menunggu dia datang aku main game. Aplikasi game dibuka. Worm Zone. Sedang leka bermain game ada seseorang menarik seluarku. Aku memandang wajahnya. Wajah bulat seperti kuih bun.

"Kakak, dari tadi Ayra manggil kakak. Kok Ayra dicuekin sih." Dia meletakkan kedua-dua tangannya didada. Merajuk! Mulutnya dimuncungkan macam itik!

Dia memakai baju sukan berwarna biru tua dan seluar sukan berwarna hitam. Rambut diikat dua. Nampak comel dengan pipi bulatnya macam pau. Aku memandang wajahnya. Telefon di tangan aku simpan di dalam poket seluar.

"Bersyukur sikit aku jemput kau. Daripada kau jalan kaki balik rumah. Baru padan muka!"

"Eeeee..Ayra yang mau dipujuk bukan dimarahin sama kakak."

"Tak payah nak mengada! Nah helmet. Pakai." Aku menyuakan helmet berwarna merah jambu yang mempunyai kartun Barbie. Aku tak tahu kenapa semua benda mesti Barbie. Ayra masih berdiri dengan wajah yang berkerut. Mata dipicingkan ke arah aku.

"Herghh." Aku terus turun daripada superbike lalu memakaikan helmet di kepala Ayra. Manja! Semua benda kena aku buat ke? Matanya mengecil. Senyum suka apabila aku menuruti kehendaknya. Aku mengangkat dia naik ke atas superbike. Helmet dipakai dikepala. Sarung tangan aku di poket aku sarungkan pada kedua-dua belah tanganku. Enjin motor mula ditekan. Tangan kecil Ayra melingkar dipinggangku.

Motor mula memecut laju membelah jalan.

"Kakak, Ayra pengen seblak di hujung sana boleh?" soal Ayra. Aku hanya memandang wajahnya dari cermin motor. Dia ni memang kan, tadi tak cakap awal-awal. Semasa lampu isyarat merah lah dia nak bercakap bagai. Haila adik.

"Hmm."

"Yeayy."

Encik Arman Akhtar memang tidak membenarkan Ayra makan benda yang tidak berkhasiat. Aku tahu sebab Ayra suka apabila aku yang menjemputnya hari ini kerana dia boleh minta apa-apa saja daripada aku. Aku iyakan sahaja kehendaknya sebab aku tahu aku memang susah nak jumpa dia selalu. Aku berbaik dengan dia pun ikut mood.

Apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau, motor memecut laju ke arah warung bergerak di hujung sana seperti yang dikatakan Ayra tadi. Motor berhenti di bahu jalan. Warung itu memang bertapak di situ kerana kebanyakan budak-budak sekolah akan balik dari sekolah akan balik melalui jalan ini. Tak hairanlah banyak pelanggan kecil di sini termasuk adik aku.

"Pak, seblak dua."

"Bentar non," kata pak cik itu.

Aku dan Ayra duduk di tepi warung tersebut. Ayra menggoyangkan kakinya. Suka. Aku hanya geleng kepala melihat telatah budak kecil sebelah aku ini. Aku menghulurkan air mineral kepadanya.
Ayra menghirup dengan rakus. Haus.

Rambutnya yang serabai aku kemaskan. Senyum. Ayra ini memang nak senyum memanjang ke? Penyakit senyum ke budak ni?

"Kakak, Ayra minta maaf ya. Kalau bunda yang bikin hubungan kakak sama papa hancur. Ayra cuma mau kakak tau papa sayang banget sama kakak. Jangan benci papa lama-lama ya kak." Dia buat lidah aku kelu. Budak lima tahun minta maaf dekat aku? Apa yang dia faham tentang hal orang dewasa sampai dia boleh berkata-kata seperti itu? Ayra Adreena, kau tak akan faham perasaan kakak?!

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang