Bab 24

241 12 0
                                    

Darwisy memberi aku kelonggaran untuk bercuti sementara kerana sejak akhir-akhir ini banyak hal yang berlaku.

Soal dalang itu biarkan sahaja dulu. Setiap ugutan yang dia berikan buat aku pening. Jadi, Darwisy menyuruh aku untuk bercuti sahaja dahulu.

Aku fikir dapatlah aku nak tenangkan fikiran buat seketika tetapi apabila Darwisy memberitahu tiga orang perempuan ini akan mengikuti aku sekali. Aku rasa macam nak hempuk je Darwisy. Tapi, tak apalah juga sebab mereka dapat jadi teman aku juga nanti.

Sampai sahaja di Bandara Husein Sastranegara Bandung (BDO), kami terus menuju ke balai pelepasan untuk terus bertolak. Kami agak lewat sampai kerana Maeza bangun lambat. Nasib baik sempat. Kalau tak terpaksa menunggu penerbangan yang seterusnya.

Semua salah Maeza. Dan benda yang memalukan aku sekarang adalah Maeza dan Rareesa buat hal lagi?!! Ada ke patut mereka hanya memakai bathrobe dan tuala dililit di kepala. Alasan mereka adalah kerana masa tidak mencukupi untuk menyiapkan diri. Aku hanya pasrah. Banyak mata yang memandang ke arah kami. Eshal awal-awal sudah terpacak di hadapan pintu mansion abang Ayden.

Aku dan Eshal sudah siap terlebih awal. Manakala mereka berdua dengan selamba hanya memakai sebegitu ke sini. Rareesa cakap tak apa pakai macam ni, janji tak bogel. What?!!

Aku rasa nak pitam apabila dia berkata begitu. Lihat sahaja sekarang mereka hanya selamba menolak bagasi melalui lelaki yang menyemak boarding pass itu. Cermin mata hitam dibetulkan di batang hidung mereka. Tangan pula selamba melambai ke arah lelaki itu. Lelaki itu nampak serba salah. Mungkin takut untuk membalas lambaian tersebut kerana melihat penampilan mereka berdua begitu seperti orang kurang siuman.

*

Sampai sahaja di hadapan hotel di Bali. Kami terus menuju ke arah receptionist. Seorang perempuan terus menyemak nama kami berempat kerana Darwisy sudah menyiapkan semuanya untuk kami berempat. Kami hanya perlu menikmati percutian ini. Aku mengambil kad akses untuk masuk ke bilikku nanti.

Sampai sahaja bilik aku terus merebahkan badanku di atas katil. Sempatlah kalau nak lelap kejap. Masih banyak masa untuk aku jalan-jalan di sini nanti. Bilik mereka bersebelahan dengan bilikku. Biarlah mereka nak buat apa pun. Penat nak layan perangai tak semenggah mereka.

Beg bagasiku tadi aku letakkan di tepi katil. Nanti-nantilah aku kemas. Penat.

Bukan badan aku sahaja yang penat tapi otakku yang telah bekerja lebih masa. Hal syarikat, abang Ayden dan Evren. Mama pula masih cuba memujuk aku untuk berbaik dengan papa. Ya, aku cuba untuk berbaik dengan dia. Walaupun aku tahu dia juga sejak akhir-akhir ini cuba untuk meluangkan masa bersamaku setiap kali aku bermain dengan Ayra.

Aku masih ingat, semasa aku seronok bermain dengan Ayra di villa beberapa hari yang lepas. Aku perasan papa menyorok di belakang pintu bilik utama. Memerhati aku dan Ayra bermain. Aku hanya buat tak endah. Nak tegur dia jauh sekali. Aku tak nak tambahkan masalah lagi. Aku takut jika kata-kata yang keluar dari mulutku akan menyakitkan hatinya. Cukuplah aku sudah melukai perasaan mama.

Degil. Perkataan yang sering abang Ayden berikan padaku. Aku cuba untuk merubah segala hal yang salah. Bukan untuk abang Ayden dan mama tapi untuk diri aku sendiri. Biarlah aku bawa fikiranku yang kusut ini bersama mimpi ngeri yang sering menjelma setiap kali aku tidur. Dan aku berharap nanti bila aku terjaga semua masalah dan mimpi ngeri ini akan hilang dan pergi dari hidup aku.

Bantal disebelahku ditekupkan ke muka. Aku menjerit sekuat hati. Penat. Setelah rasa hati yang walang tadi pergi aku baring mengiring dan terus menutup mataku.

*

Bangun sahaja dari tidurku. Badanku sedikit ringan. Rambut yang kusut aku sikat guna jari. Kaki menuju ke arah pintu. Langsir ditarik. Pintu gelongsor yang menghadap pantai aku buka. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa menarik perhatianku. Kalau jalan petang-petang kejap sempat lagi ni.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang