Sampai sahaja di Bandara Internasional Husein Sastranegara (BDO), kami terus menunggu Darwisy untuk menjemput kami dari lapangan terbang tersebut.
Namun, lain yang ditunggu lain pula yang datang. Mika bersandar di kereta Ferrari F8 Tributo berwarna merah. Cermin mata hitam terletak elok di batang hidung mancungnya.
Apabila melihat kami berjalan menuju ke arahnya. Cermin matanya dibuka lalu disangkut dibajunya. Mika nampak santai apabila mengenakan baju polo berjenama Ralph Lauren dengan seluar slack hitam. Baju dituck-in. Nampak kemas. Jam jenama Rolex yang menghiasi tangan tegapnya. Urat hijau yang menjalar di tangannya menampakkan dia lebih maskulin.
Senyum manis dia hadiahkan buat kami atau lebih tepat aku. Matanya tidak lepas memandang wajahku. Mungkin aku hanya mengenakan seluar jeans biru laut dan kemeja putih dituck-in ke dalam seluar jeans. Rambut pula hanya dibiarkan lepas dengan cekak rambut kain diikat reben.
Manakala mereka bertiga menuju ke arah kereta di hadapan kereta Mika. Darwisy yang sibuk dengan telefon pintarnya menyapa mereka dan hanya memandang sekilas ke arahku. Mesti ini rancangan Mika dan Darwisy. Benci!!
Suasana di dalam kereta masih sunyi. Mika fokus memandang ke hadapan dengan sebelah tangannya memegang stereng kereta manakala sebelah lagi hanya menongkat dagu seperti berfikir sesuatu.
"Dah puas tenung aku?" Mataku terbelalak. Dia perasan aku tenung dia ke?
"E-rr m-ana ada aku tenung kau. Perasan!" Cuba menutupi resah dihati. Apalah kau ni Sya. Buat kerja biar clean, ni tak..Haila.
"Are you sure my lady?" Mulutnya terangkat sedikit ke atas. Senyum sinis.
"Yalah. Kau ingat kau hensem sangat ke?! Memang tak lah." Aku merengus geram. Suka sangat nak kenakan aku. Tangan dilipat di dada.
"Hmm, kalau aku tak hensem kau takkan tenung aku macam nak terkam aku je," katanya berbaur usikan.
"Pervert! Kau mintak makan kaki aku lah. Kaki nak?" Kaki diangkat ke atas.
"Kau makan apa dekat Bali? Ganas sangat balik dari sana."
"Makan hati."
"Hati siapa pula kau makan?" Mika melayan jawapan tak berapa bijakku.
"EVREN HAKIMI!" Mengingati lelaki itu buat aku sakit hati saja. Sudahlah memaksa aku untuk menerima dia. Athena aku pun dia angkut sekali. Benci!!
Kereta diberhentikan secara tiba-tiba. Aku tertolak sikit ke hadapan. Nasib baik ada seatbelt. Kalau tak mahu terpelanting ke hadapan aku. Mukanya berubah.
"Kau ada lelaki lain selain aku ke my lady?" soalnya dengan tegas.
"E-rr.."
"Siapa hmm?" Mukanya mendekati wajahku. Nafasnya yang lembut menampar segenap pipiku. Bau maskulin yang keluar dari tubuh Mika menyengat rongga hidungku. Kalau aku bergerak sedikit automatik hidungku bersentuhan dengan hidung mancungnya.
Apabila dia melihat aku seakan hilang oksigen untuk bernafas. Dia terus menjauhi aku.
"Kau nak cabar aku ke my lady? Sebab aku selalu keluar dengan perempuan lain? Kau pun nak cari lelaki lain juga?"
"Kita bukannya ada apa-apa pun. Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Tak payah nak sibuklah."
"Hmm. Kau tahu disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang wanita yang kuat dibelakangnya." Muka berkerut memandang Mika tetapi dia hanya tenang. Tiba-tiba saja nak bermadah. Aku angguk juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...