Bab 19

240 13 0
                                    

Air liur ditelan kesat. Pahit. Badanku lemah. Mahu bangun seakan berat. Bahana berteduh di bawah hujan.

Aku memandang sekeliling bilikku. Cahaya yang menembusi bilik membuatkan pandangan aku silau. Aku terus bangun daripada katil. Kaki mengorak langkah ke arah bilik mandi. Setelah selesai mencuci muka aku menilik wajah di cermin.

Badan terasa lemah. Aku gagahkan jua untuk turun ke bawah. Mesti Maeza dan Rareesa tengah tunggu aku.

Perlahan-lahan aku turun menapak ke anak tangga. Sampai sahaja di tingkat bawah suara Maeza dan Rareesa rancak berborak dengan seseorang menarik perhatianku. Lelaki.

Aku hiraukan mereka yang berada di situ. Belum sempat kaki melangkah ke arah dapur suara seseorang menghalangku.

"Kau dah bangun my lady?" soal lelaki itu.

Aku terkedu untuk seketika. Bukan sebab dia muncul depan aku tapi imej barunya. Rambut dia. Low fade haircut style. Nampak lain. Tiada lagi rambut kuda. Mika yang kemas dan.. tampan.

"Ehem." Maeza berdehem. Rareesa simpan senyum melihat reaksiku. Aku menggosok pucuk hidungku. Malu.

"Ha-a. Kau buat apa datang sini?" Kotak suaraku agak sakit. Garau.

"Aku nak jenguk orang demam."

"Siapa demam?"

"Ada orang lain selain kau yang demam dalam rumah ni ke my lady? Kenapa kau tak rehat dekat tingkat atas je. Kenapa susahkan diri turun bawah? Hmm." Suaranya lembut tapi berbaur arahan.

"Aku nak minum air."

"Kau ikut aku. Duduk sini." Tangan ditarik ke arah island kitchen. Dia mengambil air lalu dituangkan ke dalam gelas lalu disuakan ke arahku.

Aku teguk minuman tersebut. Mika menuju ke arah periuk yang berada di atas dapur elektrik. Dia mencedok kan bubur ayam ke dalam mangkuk. Aku tak tahu pula sejak bila Maeza dan Rareesa masak bubur untuk aku. Janggal yang aku rasa kini. Berdua-duaan dengan Mika buat hati aku rasa kurang selesa.

Mata masih memerhati setiap gerak geri lincah Mika melakukan kerjanya. Tidak kekok sama sekali seperti sudah biasa melakukan kerja di dapur.

Bubur ayam yang masih panas diletakkan di hadapanku. Dia mengambil sudu lalu meniup bubur ayam yang panas itu. Nampak kacak dengan baju t-shirt hitamnya dan seluar cargo.

Mata yang cantik dan bulu mata yang panjang menambahkan lagi kekacakannya. Dia menyuakan bubur ayam tadi ke arahku.

"Aku boleh makan sendiri." Mata dijengkilkan. Aku pasrah. Malas nak gaduh. Dia menyuap aku makan.

Suapan pertama, rasa bubur ayam yang luar biasa. Aku tak pernah tahu yang Maeza dan Rareesa boleh masak bubur ayam sedap macam ini sekali.

"Sedap?" soalnya.

"Sedap. Pandai pula dia orang masak bubur ayam," pujiku.

"Bukan dia orang yang masak."

"Habis tu siapa?" soalku ingin tahu.

"Aku."

Aku memandang setiap inci wajahnya. Mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.

"Kenapa? Tak percaya? Ingat aku tak reti masak ke? Ini Mika lah. Apa je aku tak boleh buat," katanya bangga.

"Tch. Entah-entah kau beli dekat kedai. Lepas tu claim diri kau yang masak."

"Aku penat-penat berperang dekat dapur ini tadi. Kau boleh cakap aku beli. Aku masak untuk kau tau."

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang