Tangan lincah menguli adunan di dalam bekas. Apabila adunan sudah kenyal sedikit. Aku membuat pelbagai bentuk. Apabila sudah selesai aku memasukkan ke dalam ketuhar. Api diselaraskan supaya biskut dibakar dengan elok.
Sedang tangan leka mengemas meja yang kotor tadi, tiba-tiba bunyi loceng berbunyi.
Aku membuka apron yang membaluti tubuhku. Kaki mengorak langkah laju ke arah pintu.
Apabila pintu dibuka tiada manusia di situ. Tangan mahu menutup pintu namun terdapat satu kotak kecil di situ. Tangan mencapai kotak itu lalu diambil ke dalam rumah. Tertera nama aku di situ.
Siapa pula yang rajin bagi hadiah dekat aku? Hari ini bukan hari jadi aku. Perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Mahu tahu isi di dalam kotak ini. Tangan terus mengoyak pembalut hadiah itu.
Ada tulisan di atas kotak di dalam itu.
From: Co-leader
To: Leader of HawkApabila aku sudah tahu siapa pengirim itu, aku terus membuka kotak itu dengan kasar. Cutter di dalam laci aku ambil. Terlalu banyak lilitan solotep di bahagian atas kotak itu. Seperti sesuatu yang berharga.
Kotak itu dibuka dengan perlahan. Sangkaan aku meleset apabila isi di dalam kotak itu buat aku separuh menjerit.
Aku cuba memberanikan diri. Ada jari manusia. Jari seseorang. Ada kad berwarna hitam diselit di dalam kotak itu.
"Aku dah cakap aku akan bagi berita gembira pada kau. Ini adalah hadiah pertama untuk kau. Jari orang yang kau cari. Jari yang pegang Ayden malam itu. I hope you will happy with this small present from me."
Gila! Dia gila! Co-leader memang gila. Ini yang dia katakan hadiah? Jari manusia. Nyawa manusia seolah-olah mainan bagi dia. Aku tidak berfikir mahu membunuh dalang cuma mahu dia dapat balasan yang setimpalnya. Jadi, petunjuk yang dia beri adalah dalang hilang salah satu jarinya.
Betul. Seperti yang mereka katakan co-leader memang kejam. Dia yang turun padang kali ini buat aku rasa takut. Bukan takut pada dia tapi aku takut dengan sikap dia yang kejam. Dan aku tahu sebab kenapa mereka tidak mahu co-leader yang masuk campur dalam hal yang berada dalam Hawk.
Jawapannya hanya satu. Seksaan yang dilakukan oleh co-leader bukan sikit. Ini baru permulaan. Dia tahu siapa dalang di sebalik ini. Tapi, dia tak nak bagitahu aku. Dalang masih bebas. Untuk apa dia lakukan sedemikian rupa.
Antara rasa suka atau takut dan marah. Aku keliru. Telefon di atas meja aku capai. Nombor Evren aku cari.
"Hello, Ren. Kau balik rumah sekarang boleh?"
"Kenapa? Dah rindu aku canim?" Nadanya seperti mengusik aku di hujung talian.
"Balik je dulu. Nanti aku bagitahu," ujarku.
"Ye lah. Kejap lagi aku balik. 30 minutes."
Talian dimatikan. Kotak tadi aku ambil dan aku simpan di belakang pintu. Takkan nak letak dalam bilik pula?
Tidak sampai 30 minit. Evren terkocoh-kocoh berlari ke arahku.
"Are you okay canim?" Dia membelek badanku sekiranya aku cedera di fizikalku. Aku geleng.
"Habis itu? Kau suruh aku balik kenapa?" soalnya hairan.
"Aku dapat sesuatu dari co-leader."
"Apa?"
Tangan menunjuk ke arah belakang pintu. Dia menghampiri pintu itu dan mengambil bungkusan kotak tadi. Dia membuka perlahan kotak itu. Wajahnya hanya tenang.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Misteri / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...