Bab 43

225 13 0
                                    

Perlahan-lahan kaki menapak ke pintu pejabat. Otak ligat memikirkan bagaimana mahu memujuk dia yang masih merajuk. Padahal bukan hal besar. Hakim hanya memuji outfit aku hari ini. Bukan dia tidak biasa dengan adiknya itu. Bukan main cemburu lagi encik suami.

Pintu ditolak perlahan. Bunyi kasut tumit tinggi mengisi ruangan bilik itu. Sedikit pun dia tidak peduli dengan kehadiran aku. Betul-betul marah ini. Dah lah aku tak reti nak pujuk orang. Kalau merajuk pandai la.

Evren masih sibuk dengan kertas kerjanya. Matanya fokus memandang setiap helaian kertas itu. Ingat kertas kerjanya itu lebih cantik dari aku ke?

"Ehem." Aku mulakan langkah pertama namun dia masih tidak memperdulikan aku.

"Kau marah aku?" Sekali lagi aku mencuba nasib. Dia masih diam. Aku mula buntu. Takkan nak goda dia? Aku mana reti. Kalau dengan suami sendiri okay kot.

Aku tarik kertas yang dipegangnya. Dia memandang aku dengan tajam. Dingin. Aku cuba memberanikan diri. Kaki terus melangkah ke tempat duduknya seraya dengan selamba aku duduk di atas pahanya. Dia seperti terkejut. Aku senyum di hujung bibir. Badan dipusingkan menghadapnya. Tangan melingkar di lehernya. Aku menundukkan sedikit kepala dan telinga dia menjadi mangsaku.

"Kau dah tak sayang aku ke?" Lembut suara aku berbisik. Kerongkongnya bergerak. Seperti menahan daripada melakukan sesuatu.

Dengan pantas aku mencium lehernya.

"Takkan Hakim puji aku kau nak merajuk. Bukan salah aku. Kau yang suruh aku pakai macam ini." Wajahnya aku usap dengan lembut. Dia seperti terbuai untuk seketika.

Tidak lama kemudian dia seperti sedar. Dia membetulkan posisi kami. Tangan kasarnya merangkul pinggangku. Takut aku jatuh. Senyum nakal di hujung bibirnya.

"Dah pandai goda aku sekarang ini?"

"Salah eh kalau goda suami sendiri?" Provokku.

"Tak salah, cuma...benda ini berlaku jarang-jarang. Ini ke isteri aku yang beku tu?" Evren sudah tersenyum manis kepadaku. Tangannya mencuit hidungku. Aku menjengkilkan mataku. Suka sangat main hidung.

"Kau maafkan aku ke tak ni?"

Dia seperti berfikir.

"Kalau aku maafkan kau, aku dapat apa?" Amboi, main kotor nampak. Tak ikhlas langsung.

"Mana boleh macam tu. Penat tau aku goda kau."

"Oh ya canim? You look sexy when you try to seduce me." Pipi sudah berona merah. Malu.

"Tak nak dah aku buat macam ini selepas ni." Aku terus menyembunyikan wajahku di bahagian lehernya.

"Kenapa pula? Aku suka," ujarnya nakal.

"Eeeee..."

Pintu dikuak dari luar. Wajahnya seperti terkejut, dengan serta merta dia memusingkan badannya. Aku dan Evren terkejut dengan kehadiran dia. Aku cuba bangun dari pangkuan Evren namun dia menarik pinggang aku dekat dengan badannya. Aku hanya pasrah apabila dia memegang erat lagi belakang tubuhku.

"Aaa...angah tak nampak apa-apa along." Tangan Hakim menutup kedua-dua belah matanya. Fail yang dipegangnya tadi jatuh. Dengan perlahan dia membongkokkan badannya untuk mengambil fail tersebut. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati meja di situ seraya fail tadi diletakkan di atas meja itu.

Lekas-lekas dia menutup pintu. Namun, seorang wanita cuba untuk masuk ditahan oleh Hakim.

"Tuan sibuk," ujarnya. Perempuan itu terus berlalu apabila dia berkata begitu.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now