Bab 20

210 13 0
                                    

Selepas beberapa hari demamku kebah. Aku rajinkan diri untuk membersihkan halaman rumah abang Ayden. Pokok bunga di laman aku siram.

Dalam kesibukan aku menyiram pokok bunga di kawasan tersebut. Mata tertancap pada satu kotak berwarna coklat yang diselit di antara pokok bunga di laman tersebut. Tangan mengambil kotak tersebut. Bau busuk menusuk hidung.

Dengan keberanian yang dikumpul. Aku perlahan-lahan membuka kotak tersebut. Kotak tersebut baru dibuka sedikit namun bau busuk mencucuk rongga hidungku.

"Uwerkk." Aku memuntahkan isi perut apabila melihat isi kotak tersebut. Bangkai tikus. Tiga ekor bangkai tikus dengan saiz yang berbeza. Tangan mula menggigil. Badan menjauhi kotak tersebut. Air mata jatuh membasahi pipi. Lutut dipeluk dengan erat. Takut.

Apa yang dalang mahu? Setiap ugutan yang aku terima aku hanya memilih untuk diam tapi kali ini dia seperti bertindak lebih agresif.

Empat kad yang bercorak kepala harimau dan bangkai tikus? Apa maksud disebalik semua ini? Ada nyawa jadi taruhan. Darah adalah hal biasa sekarang bagi dalang.

Sedangkan mansion abang Ayden dikawal ketat tetapi kenapa dalang dapat meletakkan kotak ini di rumah ini.

"Sya kau kenapa duduk sini?" Suara Rareesa menyapa dari belakang.

Aku terus meluru ke arahnya. Aku peluk tubuhnya dengan erat. Badanku menggigil. Wajah Rareesa risau apabila aku hanya memeluknya. Dia mengusap belakang aku. Tangisan aku pecah jua. Dugaan apa lagi yang bakal aku dapat? Dalang? Siapa kau? Kenapa kau tak nak muncul depan aku?!!

Rareesa menolak aku dengan lembut. Dia memandang wajahku yang sudah sembab. Dia mengusap air mataku.

"Kau kenapa Sya?" Tangan menunjuk ke arah kotak tadi. Kaki Rareesa menapak perlahan ke arah itu. Dia menutup hidungnya.

"Bangkai tikus?" Riak wajahnya terkejut. Dia juga sama seperti aku. Dia muntah selepas memandang bangkai tikus itu. Dia meluru ke arah aku. Tanganku ditarik untuk masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut. Hingus aku sedut. Cuba untuk menstabilkan nafas aku.

"Nanti kita kemas. Kita masuk dulu," ajak Rareesa. Aku angguk. Matanya melilau memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Ez." Laung Rareesa. Mencari kelibat Maeza.

"Ez," panggilnya lagi.

"Mana perempuan ini pergi? Jangan buat hal waktu macam ni." Rareesa mengeluh. Tanganku masih dalam genggaman dia. Kami berdua duduk di atas sofa di ruang tamu itu.

"Kau dah kenapa panggil aku?" Muncul wajah Maeza dari arah dapur. Mesti tengah cari makanan. Maeza memang cepat lapar. Dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan kami.

"Kali ini dia main kasar. Dia hantar bangkai tikus dekat mansion Ayden. Dia selitkan dekat pokok bunga laman rumah ini." Rareesa mula membuka cerita. Wajah Maeza bertukar merah seakan menahan marah.

"Apa lagi dalang cuba buat kali ini? Kenapa dia hantar bangkai tikus? Maksud dia apa?" soal Maeza.

"Jika nyawa yang perlu aku pertaruhkan aku akan serahkan nyawa aku sebagai galang gantinya. Abang Ayden adalah segalanya bagi aku. Tolong backup aku kalau aku tak dapat nak survived dalam misi kita kali ini." Kali ini aku mahu lakukan sesuatu sesuai apa yang sudah aku aturkan.

Kalau dalang sudah bermain darah maknanya dia tidak boleh dibawa berbincang elok-elok. Identiti dia juga masih rahsia maka aku perlu bertindak sewajarnya.

"Aku nak lawat abang Ayden," putusku.

"Aku kena jenguk dia untuk kali ini. Aku kena pastikan yang abang Ayden selamat. Aku takut benda yang sama terjadi pada dia. Cukuplah untuk sekali. Aku takut aku hilang abang aku."

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now