Bab 31

295 13 0
                                    


Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari ini statusku bakal berubah.

Walaupun aku tidak pasti seperti apa alur perkahwinan aku nanti. Namun, aku masih berharap perkahwinan ini bukan seperti yang aku bayangkan. Memang Evren memberi jaminan yang dia dan aku akan menjalani ibadah ini dengan baik. Walaupun aku sering menolak. Rasa trauma aku masih ada. Bukan kerana aku masih tidak maafkan papa tapi...

Mungkin beberapa minggu sebelum hari ini berlaku aku menyuarakan hasrat aku untuk bercerai dengan Evren selepas kes abang Ayden selesai.

Tetapi hati aku akhir-akhir ini berkata sebaliknya. Otak dan hati tak pernah nak bagi kerjasama!

Aku dan Evren bersetuju untuk mengadakan benda wajib saja dulu demi menjaga keselamatan aku.

Majlis pernikahan kami diadakan di masjid saja. Tiada majlis resepsi seperti orang lain. Majlis ini hanya dihadiri oleh orang terdekat saja. Lagi pula, aku bersetuju menikah dengan Evren adalah untuk mengelakkan dalang terus-terusan mengungutku. Keselamatan aku adalah perkara utama bagi Evren dan papa.

Nak tak nak, aku kena akur. Sejak aku berbaik dengan papa, aku diperlakukan seperti anak kecil. Perhatian papa ditumpukan sepenuhnya untukku. Hanya Arsya Althea okay. Ayra Adreena get out. Hahahaha.

Lamunan aku hilang apabila mama disebelahku menepuk perlahan kekuraku.

Wajah didongakkan. Muncul wajah Evren yang tampan dengan iris mata berwarna hijau di hadapan aku. Eh, kejap!

Ni bukan Evren tapi..

"M-ika." Namanya meniti di mulut. Macam mana dia boleh ada di sini? Bukan aku kahwin dengan Evren ke?

Tapi sekarang Mika...

Mulutku sedikit nganga apabila melihat Mika sudah dekat denganku untuk menyarung cincin.

"Tak payah nganga sangat. Masuk lalat kang!" bisiknya ditelingaku.

"Kepala hotak kau!" bisikku pula.

Jadi betullah seperti yang Rareesa katakan padaku setelah pulang dari Bali hari itu. Dan... tekaan aku benar. Memang Mika adalah Evren dan Evren adalah Mika.

Apa yang cuba Mika buat? Evren Hakimi?

Aku mula keliru dengan keadaan yang berlaku.

"Sya, suami kamu nak sarung cincin tu. Semua orang tengah tunggu tu." Mama pula berbisik di telingaku.

"Tak kan nak tunggu sampai esok canim? Bak sini tangan tu." Perlahan-lahan aku menyuakan tanganku untuk disarungkan cincin permata yang berwarna silver itu.

Aku terus mencium tangannya. Kini, giliran aku pula menyarung cincin di jarinya. Setelah selesai melakukan upacara menyarungkan cincin. Jurugambar pula memainkan peranan. Banyak gambar yang diambil untuk dijadikan kenangan. Gambar keluarga, gambar dengan kawan-kawan aku dan mak long.

Sedang jurugambar mengambil gambar kami.

"Lepas ni kita settle," bisikku beserta jelingan tajam.

Wajahnya masih tenang seperti biasa. Macam tak ada salah.

Dia memaut pinggangku. Berlatarkan masjid putih itu aku cuba untuk senyum. Dengan kebenaran yang aku baru tahu buat aku rasa macam nak tumbuk lelaki yang sudah bergelar suami aku ini. Aku ditipu hidup-hidup oleh Evren.

Walaupun aku tahu akan kebenaran ini tapi aku tetap kecewa. Untuk apa dia tipu aku. Betullah orang cakap. The power of instinct. Kata hati aku tak pernah salah.

Apabila majlis sudah selesai aku memandang garang wajahnya. Tak nak cakap dengan Evren atau aku perlu panggil dia Mika?

Dia masih dengan wajah tenang. Rasa macam nak hempuk je lelaki depan aku ni!

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang