Bab 2

720 28 1
                                    

Mata dibuka perlahan. Suasana yang tidak asing bagi aku. Bilik? Ini bilik Eshal. Macam mana aku ada dalam bilik ini? Bukan ke tadi aku dekat cafe bincang pasal abang Ayden. Lepas tu, kepala aku sakit. Sakit?

Tangan mula menyentuh kepala yang tadi berdenyut dan merasakan kesakitan yang dialami aku tadi sudah beransur hilang. Aku bangun dari katil bersaiz queen lalu menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Wajah pucat dilihat dari pantulan cermin. Getah rambut di pergelangan tangan aku keluarkan. Rambut panjangku, aku ikat ponytail.

Kaki melangkah keluar dari bilik air. Baru sahaja ingin membelek wajah di cermin muncul wajah Eshal di muka pintu bilik. Dia memandang ke arahku dengan senyuman dibibir.

Lip balm di dalam handbag aku capai. Oleskan dibibir pucat. Tak adalah muka macam mayat hidup. Baru nampak macam manusialah sikit.

"Kau dah bangun Arsya? Kepala kau sakit lagi tak?" soal Eshal prihatin. Wajahnya aku tatap dari pantulan cermin.

"Tak, aku dah okay. Sikit je lah," jawabku.

"Tadi, doktor bagitahu aku kau tak cukup rehat. Aku tahulah kau risau pasal abang Ayden tapi kau kena jaga diri kau juga Arsya Althea. Kau dah tak sayang diri kau ke hah?" bebel Eshal panjang tapi masih dalam nada yang lembut.

Eshal Raihana kalau dah membebel macam mak nenek. Kalah mak nenek sedunia kalau lawan dengan dia ini. Nasib kau lah Arsya dapat sepupu macam ini.

"Yelah. Yelah. Aku tahu. Semalam aku tak dapat tidur sebab fikir pasal abang Ayden. Flight aku dengan mama pukul 7:00 pagi tadi. Aku tak sempat nak fikir semua benda. Yang aku tahu aku nak tengok abang Ayden."

Setelah siap membelek wajah di cermin aku menghadap Eshal dibelakangku.
Eshal menggeleng kepala mendengar alasan yang aku cipta. Betul apa aku cakap.

"Apa-apa jelah Arsya. Sekarang ni, kita turun bawah. Mama aku dah tanya pasal kau tadi. Daripada dia marah aku nanti baik kita turun sekarang." Eshal menarik tanganku untuk turun ke tingkat bawah.

Belum sempat kakiku jejak ke tangga terakhir puan Lydia atau aku gelarkan dia sebagai mak long memelukku. Aku jeda seketika apabila aku dipeluk secara mengejut.

"Mak long kangen banget sama kamu Arsya," kata mak long dengan slang Indonesia. Aku membalas pelukannya. Lama.

"Mama, cuma Arsya doang yang dipeluk ya. Aku enggak ya?" soal Eshal dengan nada merajuk yang dibuat-buat. Lupa. Ada perempuan ini dekat tepi aku. Haha.

Mak long memandang anak perempuannya dari sisi. Aku masih dalam pelukannya. Aku sengaja mengeratkan lagi pelukan sebelum aku melepaskan pelukan kami. Mak long mendepakan tangannya untuk memeluk anaknya namun belum sempat mak long mahu memeluk Eshal suara seseorang menerpa gegendang telinga.

"Ouh..mau dipeluk juga ya anak manja mama ya. Sini sama abang aja," kata Darwisy yang baru muncul dari ruang tamu.

"Ihh..mama. Liat abang Darwisy," rengek Eshal.

Biasalah tipikal anak bongsu. Manja.
Semua benda nak mengadu tapi aku terkecuali eh. Manja-manja macam kucing tak ada dalam istilah hidup aku!

Mulalah drama air mata antara Eshal dan abang dia. Walaupun aku jarang balik Indonesia, aku dah biasa dengan drama dua beradik ini. Tak berubah langsung!

"Kalian enggak malu sama Arsya ya, kayak anak kecil. Udah gede tapi manja kalah sama Yaya." Mak long menggelengkan kepala melihat perangai kedua anaknya.

Yaya. Kucing mak long. Dia anggap kucing dia macam anak dia sendiri.
Kadang-kadang aku keliru mana anak mana haiwan peliharaan. Mak long memang pencinta kucing sejatilah orang kata. Untung kau Yaya!

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang