Epilog

634 13 0
                                    

Genap dua tahun aku bergelar isteri kepada Evren Hakimi. Anak-anak kami juga sudah berusia dua tahun. Seperti sekejap saja waktu kami bersama.

Anak-anak? Aku melahirkan anak kembar dua tahun yang lalu. Emril Hatta Hay dan Eileen Hera Hay. Wajah mereka persis daddynya. Kedua-dua mereka memiliki bola mata yang berwarna hijau. Cantik seperti batu zamrud. Aku sangat menyukai warna anak mata mereka. Walaupun mereka baru berumur dua tahun namun percakapan mereka sangat jelas.

Seperti mimpi apabila mengingati kembali pertemuan pertama aku dan juga suami aku. Lelaki misteri yang memiliki mata yang cantik dan Mika yang menjengkelkan. Dua versi yang berbeza kini masih menjadi suami dan juga ayah kepada anak-anak aku.

Layanan dia masih sama seperti dulu tidak berubah walau sedikit pun.

"Mummy," panggil Emril Hatta anak sulung kami.

"Yes boy."

"Baby girl kenyit mata dekat uncle tu tadi, " adu Emril Hatta anak sulung kami. Tawa aku hampir pecah apabila mendengar Emril mengadu tentang sikap adiknya itu.

"Hera, kenapa kenyit mata dekat uncle tu?" soalku pula.

"Uncle tu bagi lolipop dekat Hera mummy. Hera kenyit mata tanda Hera suka lolipop yang dia bagi mummy." Eileen mengangkat lolipop di tangan kanannya itu.

"Tetap tak boleh baby girl." Cepat-cepat Emril memintas percakapan kami. Sisi protective seorang abang. Haila anak.

"Abang Hatta dah marah tu, Hera tahu abang tak suka Hera kenyit mata dekat uncle tu kenapa nak buat juga," ujarku lembut.

"Hera nak ucapkan terima kasih je."

"Abang Hatta tak suka juga." Rajuk Emril.  Bibir tersenyum apabila melihat telatah mereka berdua.

"Hatta, Hera sini dekat mummy." Aku mendepakan tangan. Mereka datang lalu aku peluk tubuh kecil itu. Wajah mereka aku pandang.

"Hera, awak tu perempuan tak elok kenyit mata dekat lelaki tau." Bibir disebik apabila aku berkata begitu.

"Sorry mummy."

"Abang pun jangan marah adik macam tu. She just a girl, boy. Minta maaf ya sayang." Wajah adiknya dia pandang.

"Abang minta maaf baby girl." Pipi adik dikucup perlahan.

"Okay abang." Mereka saling berpelukan.

"Canim, I brings something for our bunny." Suara Evren dari arah belakang aku pandang.

Terdapat satu plastik di tangan kanannya. Plastik tersebut disuakan kepadaku. Aku buka plastik tersebut. Aiskrim! Plastik berwarna ungu itu aku pandang.

"Aiskrim abang?"

"Ya, lama kita tak makan aiskrim macam ni dekat taman." Aku angguk.

"Hero, Tweety come to daddy." Emril Hatta Dan Eileen Hera meluru ke arah daddy mereka.

"Daddy, nak aiskrim."

"Hatta nak juga."

"Kalau nak aiskrim, can I get a kiss?" Kedua-dua mereka mencium kedua-dua belah pipi Evren.

"Thank you Hero, Tweety."

Evren menghulurkan aiskrim kesukaan mereka itu. Aiskrim berperisa strawberi itu dijilat suka.

"And this is for you canim." Evren menghulurkan aiskrim La Cremia itu kepadaku.

"Terima kasih abang." Kami menikmati suasana petang di taman itu dengan anak-anak kami.

Terima kasih Ya Allah sebab kau hadirkan cahaya mata ini kerana melengkapkan hidup aku dan Evren. Hadir Evren juga adalah satu sinar bahagia yang sangat indah. Tanpa lelaki ini aku tidak tahu seperti apa pengakhiran kisah aku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mengecapi bahagia dengan dia dan anak-anak kami. Benarlah kata orang, selepas hujan pasti akan ada pelangi dan ini lebih daripada apa yang aku minta. Terima kasih Ya Allah.

    

Tamat

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang