Awal pagi lagi Mika muncul di depan rumah. Setelah beberapa hari kejadian aku menolak lamarannya itu, dia tidak pernah datang mencariku.
Namun, pagi ini dia muncul. Badan yang membelakangi aku itu aku pandang. Belakang tubuhnya yang tegap dengan kemeja warna ungu dengan vest yang membaluti tubuhnya yang kekar. Lengan baju dilipat hingga ke situ.
Apabila sedar seperti diperhatikan dari belakang, dia memusingkan tubuhnya. Senyum manis terukir di bibir merahnya. Menandakan yang dia tidak merokok. Merah seperti buah epal. Iris matanya yang cantik menambahkan lagi ketampanan wajahnya. Rambut disikat rapi.
"Morning young lady." Tangan menghulur tiga kuntum bunga aster merah kepadaku. Aku teragak-agak mahu mengambil bunga tersebut. Selepas aku menolak lamarannya takkan nak terima bunga pula. Nampak macam aku ni murah sangat.
Mika terus meletakkan bunga tersebut di tanganku. Aku menggenggam bunga tersebut. Senyum masih terhias dibibirnya. Manis!
"Tahu tak kenapa aku bagi tiga kuntum bunga ini untuk kau?" Aku geleng.
"Sebab aku akan tetap suka kau. Cintakan kau macam sebelum ini walaupun kau tak pilih aku. Aku tetap akan suka kau," ucapnya panjang.
"K-au marah aku lagi ke?" Lain yang mahu disoal lain pula yang ditanya.
"Tak. Aku tak pernah marah kau. Kau layak buat keputusan my lady. Aku tak boleh nak paksa kau. Cuma agak kecewa sedikit bila kau lebih pilih dia berbanding aku." Tangan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku minta maaf Mika. Kau layak dapat perempuan yang lebih baik dari aku. Sebab aku memang akan pilih Evren untuk jadi suami aku. Itupun bersebab. Bukan atas kerelaan aku."
Kaki melangkah ke arah kerusi panjang di luar itu. Mika turut melabuhkan punggungnya di sebelahku.
"Bersebab?"
"Ya. Aku cuma nak selesaikan masalah ini secepat yang mungkin."
Dia angguk. Seperti faham dengan situasi yang aku hadapi kini. Mika tidak banyak soal. Mungkin malas nak ambil tahu.
"Aku doakan kau bahagia dengan pilihan kau my lady. Aku janji lepas ini aku tak ganggu kau lagi. Tapi, boleh kan kalau aku nak minta sesuatu dari kau?"
"Apa dia?"
"Aku nak kita keluar jalan-jalan dekat mall. Mall yang sama pertama kali kita jumpa. Boleh my lady?" Suara lembutnya buat aku serba salah. Perlahan kepala mengangguk setuju.
"Jom." Dia bangun dari duduknya.
"Bagi aku siap jap," pintaku. Dia memusingkan semula badannya ke arahku.
"You dress well my lady. Tak payah nak tukar baju."
Baju t-shirt putih lengan pendek dilipat sedikit ke atas dengan leggings hitam. Dia kata okay. Sah Mika ini buta.
"Tunggu apa lagi? Jomlah," ajaknya lagi.
Kalau dia dah bersemangat macam ini. Tak apalah. Kira okay je lah kalau macam tu.
Telefon dan purse di atas meja aku capai. Cap berwarna beige aku kenakan di kepalaku. Simple.
Sneaker putih aku pakai. Mika masih setia menunggu aku. Apabila sudah selesai mengenakan kasut di kedua-dua belah kaki kecilku. Mika terlebih dahulu membuka pintu keretanya untukku. Gentleman. Lalu, dia pula menuju ke arah pintu sebelah dan memboloskan diri dalam kereta mewahnya itu.
Logo kuda di stereng kereta aku pandang. Sebelum akal berkata jahat, senyum sinis terbit di bibir. Tanpa sedar, tawa halus meletus.
Mika memandang aku pelik.

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Misteri / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...