Bab 48

275 12 0
                                    

Bahu aku disentuh lembut dari belakang. Wajah Elzin Hakim menyapa ruang mataku. Senyum manis dia hadiahkan buatku.

"Kau buat apa dekat sini Hakim?" ujarku dengan suara yang perlahan.

"Kau lupa aku ini kan bayang-bayang kau kalau along tiada di sisi kau."

Aku mendengus kasar. Lagi sekali. Adik ipar aku ibarat bayang-bayang aku ini mengganggu aku pada saat begini? Tak boleh!

"Jangan nak bantah. Aku datang sini nak selamatkan along aku," katanya.

Matanya turut mengintip ke arah dalam. Evren Hakimi dan Ayden Al-Fatih dalam tahanan mereka. Waktu begini aku memang perlukan ahli tambahan supaya kami dapat kalahkan pihak lawan. Walaupun kami tidak ramai seperti mereka tapi kami perlu bijak dalam menghadapi mereka.

"Aku ada plan." Hakim menarik tanganku jauh dari situ.

"Apa?"

"Aku alihkan perhatian mereka. Kau selamatkan along dengan Ayden."

"Kau hantar berapa orang masuk tadi?"

"Tiga."

"Okay, cantik. Tapi, kau kena cepat. Kalau tak masak kita nanti." Aku angguk.

Arahan diberikan semula kepada tiga orang lelaki tadi.

Hakim menghitung sampai tiga.

Aku dan Maeza terus meluru ke arah belakang tong besi di situ. Hakim masuk ke dalam menyamar menjadi geng motor tersebut. Dia turut menari. Dua orang lelaki yang sedang menjaga abang Ayden dan Evren tadi sudah pergi ke tempat utama markas tersebut. Mereka meninggalkan kawasan tersebut. Air di gelas diambil lalu dihirup. Mereka juga turut menari. Hakim masih menari dalam kalangan mereka.

Aku masih mengawasi gerak-geri mereka. Takut diketahui oleh musuh. Perlahan-lahan aku menuju ke arah suamiku manakala Maeza melepaskan abang Ayden. Mereka yang longlai itu sedar apabila merasakan tali yang ketat tadi mula longgar.

"Kita kena keluar dari sini." Bisikku di telinga Evren.

"Canim," nadanya lemah memanggil aku.

"Jangan cakap apa-apa. Kita kena keluar dari sini," potongku. Evren mengangguk lemah. Abang Ayden masih dalam keadaan lemah longlai. Maeza memapah abang Ayden manakala aku memapah suamiku keluar dari situ. Mereka masih leka dengan musik yang dimainkan. Hakim juga masih di dalam.

Tidak menunggu lama, Hakim turut keluar dari situ. Tanpa berfikir panjang. Kami terus pecut meninggalkan kawasan tersebut. Tiga orang lelaki tersebut sudah pergi dari situ.

Sebenarnya aku menyuruh mereka menyimbah minyak di sekitar kawasan tersebut sebelum api dinyalakan untuk membakar seluruh kawasan tersebut. Darwisy dan juga Eshal pula diarahkan untuk menculik pengkhianat yang bertanggungjawab ke atas segala kesalahan yang telah dia lakukan.

Api mula marak di kawasan tersebut. Terdengar bunyi mereka yang mula panik dengan api yang marak secara tiba-tiba. Dengan menculik ketua geng motor ini secara tidak langsung aku dapat membalas dendam bagi pihak abang Ayden dan juga dendam aku enam tahun yang lepas.

Jika mahu bunuh ketua pengkhianat itu mati begitu saja nampak terlalu baik pula. Jadi, aku sudah sediakan hadiah istimewa untuk dia.

Evren dan abang Ayden perlu dirawat dahulu. Tentang pengkhianat itu tunggu selepas suami aku dan abang Ayden pulih dulu.

Aku mengarahkan Darwisy dan juga Eshal mengurung pengkhianat itu di markas rahsia kami. Markas lama sudah hancur jadi tidak dapat digunakan lagi. Semua ini angkara pengkhianat itu.

Sampai saja di markas, mama dan juga bunda datang memeluk abang Ayden dan juga Evren.

"Anak mama."

"Menantu bunda."

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang