Bab 47

198 11 0
                                    

Kaki berulang-alik dari kanan ke kiri. Memikirkan sebab aku dikurung di sini. Evren sanggup gadaikan nyawa dia demi aku. Aku tidak boleh berdiam diri. Aku kena lakukan sesuatu.

"Sya," panggil seseorang.

Badan dipusingkan ke belakang. Ada Maeza yang berdiri di situ. Aku terus meluru ke arahnya.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soalku.

"Evren suruh aku datang sini."

"Yang lain mana?"

"Semua selamat. Mereka dah pergi tempat rahsia yang aku dan Reesa rancang sebelum ini," balas Maeza.

"Tapi...Reesa pengkhianat!"

"Kau cakap apa Sya?"

"Rareesa pengkhianat," ulangku.

"Dia yang paling banyak tolong kita Sya. Kenapa kau kena tuduh dia yang jadi dalang sebalik semua ini?!" Suara Maeza sudah naik satu oktaf.

"Aku mimpi. Aku mimpi yang dia pengkhianat di sebalik semua ini."

"Jadi, kau percaya mimpi kau tu?"

"Kadang-kadang petunjuk dapat dilihat melalui mimpi Ez."

"Kau gila Sya! Kau tahu tak yang Reesa dah gadaikan nyawa dia untuk kau. Untuk keluarga kau selama beberapa hari ini."

Keluarga aku?

"Apa maksud kau Ez?!"

"Papa kau diculik. Ayra juga diculik."

Zap!

Aku menarik bahagian hadapan bajunya.

"Kau cakap apa tadi Ez? Kenapa Ren sembunyikan hal sebesar ini dari aku?!"

"Nyawa kau yang diancam Sya. Papa kau yang sanggup gadaikan nyawa dia untuk kau. Ayden, Reesa, Ren, Hakim, Darwisy, Eshal, Adam dan Raid yang berusaha untuk cari dalang tu. Papa kau dan Ayra dalam bahaya."

"Kami lalai. Kami semua nak kau selamat  Sya. Tapi, dalang lebih bijak. Dia culik papa kau dan Ayra!"

"Sepanjang kau tak sedarkan diri. Banyak hal yang berlaku. Selepas kau kena serang tiga hari yang lepas markas huru-hara. Sehari sebelum tu, papa kau dah diculik. Evren rahsiakan semua ini sebab dia tak nak kau risau. Reesa yang banyak tolong kita dalam hal ini. Dia..."

"Dia apa Ez?!" soalku tidak sabar.

"Dia cedera teruk. Dia dekat hospital sekarang," jawab Maeza lemah.

"Bagi aku tengok Reesa sekarang Ez." Kataku tegas.

"Tak boleh!" bantah Maeza.

"Kenapa kena kurung aku dekat sini?!"

"Ini adalah arahan daripada suami kau Sya. Aku tak boleh ingkar."

"Sekarang ni, aku nak tengok Reesa."

"Tak boleh Sya."

"Papa aku diculik Ez. Ayra juga. Kau nak tengok aku berdiam diri dekat sini?!"

"Bukan itu niat aku. Aku hanya ikut arahan daripada suami kau Sya. Jangan buat aku serba salah Sya."

"Kau nak tengok aku jadi tunggul? Aku masih lagi leader Hawk Ez. Aku kena turun padang. Berhadapan dengan dalang sebenar. Bagi aku hancurkan dia," pintaku.

"Keadaan dekat luar tak selamat untuk kau Sya. Aku takut kau akan jadi macam Reesa."

"Apa guna jawatan leader kalau aku berdiam diri tanpa buat apa-apa Ez?"

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now