Bab 9

332 16 0
                                    

Selepas selesai sahaja menyemak report yang di e-mel Kak Allana tadi. Aku menuju ke ruang tamu. Kelibat Maeza dan Rareesa aku cari. Mana pergi dua orang perempuan ini?

Tadi ada dekat ruang tamu. Jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Perut pun dah berkeroncong minta diisi. Kaki menuju ke arah dapur untuk mencari makanan. Setiap kabinet aku buka. Peti sejuk juga. Tak ada makanan yang aku nak. Hmm.

Kamu baru pindah masuk ke dalam mansion abang Ayden semalam. Jadi, makanan yang ada dalam rumah ini hanya sedikit. Orang gaji abang Ayden hanya ditugaskan untuk membersihkan rumah ini sahaja. Bahagian memasak aku memang tidak benarkan mereka ikut campur. Oleh itu, orang gaji akan datang setiap hujung minggu untuk membersihkan rumah ini.

Stok makanan tidak banyak. Itu pun aku menyuruh Darwisy yang belikan semalam tapi macam malas nak masak. Semua yang ada dalam peti sejuk makanan yang aku dah selalu makan. Aku tak nak makan makanan berat.

Kaki melangkah longlai menuju ke ruang tamu semula. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Alat kawalan jauh aku capai. Tengok televisyen lagi bagus! Mana tahu boleh hilangkan lapar. Banyaklah kau boleh hilangkan lapar Arsya.

Sofa di sebelahku terasa dihenyak dengan kasar. Aku pandang wajah Rareesa yang lesu. Maeza pula menghampiri kami dengan muka yang lesu juga. Dah kenapa dua orang ini? Pelik.

"Korang ni kenapa? Dah macam mayat hidup dah aku tengok?"

"Aku kalah main game dengan team sebelah. Ni semua salah Maeza tadi. Aku cakap ada musuh dekat belakang dia. Dia boleh pulak main-main," adu Rareesa.

"Aku pula yang kena. Aku main macam biasa je tadi. Kau yang tak pandai main. Jangan nak salahkan aku yang tak sedar ada musuh belakang aku tadi."

"Dah-dah aku malas nak dengar korang gaduh pasal game ni. Mati dalam game je pun. Bukan mati betul-betul kan?"

Rareesa mengeluh. Aku dah masak sangat dengan perangai dua orang ini. Biarkan je lah. Suasana hening untuk seketika.

"Reesa, Sya korang lapar tak?" Setelah lama berdiam Maeza bertanya. Dia menggosok perut kempisnya.

"Laparlah juga. Kita nak makan dekat mana?" soal Rareesa pula.

"Aku tahu dekat mana nak makan. Korang berdua confirm akan suka," balas Maeza dengan wajah yang teruja.

"Aku rasa nak makan burgerlah Ez."

"Don't worry lah semua ada dekat situ Sya. Sekarang ni kita gerak pergi restoran tu. Korang berdua ikut aku dari belakang."

Lain macam je Maeza ni. Dia punya excited nak makan tu macam nak dapat emas. Tiada lagi wajah lesunya tadi.

Sekarang baru pukul 8:50 malam. Kami bertiga belum makan malam sebenarnya kerana terlalu banyak kerja yang kena siapkan. Hal abang Ayden lagi. Badan aku memang sangat penat sekarang. Seharian berkurung di dalam rumah menghadap laptop. Mata aku pun macam nak tak nak je buka sekarang ini.

Mujurlah Maeza bagi cadangan yang agak bijak keluar makan sebab perut aku dari tadi memang minta diisi.

Kami bertiga terus menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Maeza tadi. Sampai sahaja di restoran tersebut. Aku terus membuka helmet aku. Aku pandang Maeza dengan wajah berkerut. Minta penjelasan. Dalam banyak-banyak restoran kenapa kena restoran ini?

"Alaa..Sya jangan pandang aku macam itu. Aku teringin nak makan dekat sini. Aku tengok macam seronok je dia orang makan dekat sini. Siap boleh maki orang lagi."

Rareesa hanya buat muka pasrah. Sekarang ni, aku memang tak boleh percaya sangat dengan Maeza sebab dia ajak aku dengan Rareesa makan dekat restoran Karen's Dinner. Aku rasa macam nak hantuk je kepala dia sekarang ini.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang