Bab 50

354 13 0
                                    

Aku memandang tajam ke arah lelaki itu. Dia adalah dalang di sebalik misteri gambar harimau itu. Dia sudah selamat diikat. Rupanya juga sudah tiada. Tattoo harimau yang aku lihat dulu masih ada di dada sebelah kirinya.

Punggung dilabuhkan di sofa bilik tersebut. Tangan disilangkan. Pisau kecil yang terletak di atas meja diambil lalu...

Zap!!

"Arghhh." Dia mengerang kesakitan. Suaranya memenuhi bilik tersebut.

"Bunuh je aku. Jangan seksa aku lagi."

"Aku tak dengar."

"Bu-nuh je aku Arsya."

"Kau nak mengalah macam tu je?"

Lelaki itu masih terkulai lemah. Dua-dua tangannya diikat.  Tali yang diikat itu sudah bercampur dengan darah yang pekat kerana ikatan yang terlalu ketat.

"A-ku minta maaf," ucapnya lagi.

"Rasa sakit dibalas dengan kata maaf? Tak adil bagi aku."

Pisau belati aku baling tepat pada dada sebelah kanan dan kirinya. Dia mengerang kesakitan lagi dan lagi. Mendengar suara erangan dari mulutnya buat aku rasa puas sepuasnya. Seperti rasa sakit enam tahun yang lalu hilang.

"Kau ingat menyamar jadi orang lain buat aku lupa wajah kau malam itu? Kau salah, wajah kau yang hodoh tu masih terpahat dalam ingatan aku. Dan aku pernah berjanji yang aku akan seksa kau hidup-hidup. Kau bersembunyi di sebalik bayang-bayang orang lain? Kau tukar identiti kau sekalipun aku masih dapat cam wajah hodoh kau Aariz Wafiy?!!"

Pisau belati yang masih tersisa di atas meja aku baling lagi. Mendengar dia mengaduh kesakitan buat aku semakin mahu menyeksa dia.

"Cukup dik," abang Ayden cuba menarik lenganku namun Evren menghalang abang Ayden dulu.

"Biarkan dia lepaskan rasa sakit yang dia simpan selama ini. Tugas kita sudah selesai." Evren berkata dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Aku tak nak adik aku jadi pembunuh Ren," nada abang Ayden sayu.

"Siapa cakap yang isteri aku akan jadi pembunuh? Before she kill him I will sent him to the hell. Just like now, I show him how the hell look likes. Then, he will know he mess with wrong person. The devil inside her are wake up."

"Ini bukan adik aku. Aku tak nak adik aku kotorkan tangan dia seksa lelaki durjana macam dia."

"No, let her do what she must do. Back then, she hurt enough. Kalau bukan sekarang bila lagi dia boleh lepaskan rasa sakit yang terbuku dalam hati dia." Evren masih membela aku.

Aku mula mendekati Wafiy yang masih diikat itu. Pisau belati yang menusuk dada kirinya aku tarik dengan kasar. Dia mengaduh kesakitan. Pisau belati tadi diletakkan di atas tattoo harimau di dada kirinya itu. Gambar ini yang sering menganggu aku beberapa tahun ini.

Nafas Wafiy tercungap-cungap. Takut mungkin bahawa jarak dia dengan kematian sangat dekat. Pisau belati mula dimainkan di mukanya.

"Kalau kau hidup pun tak ada gunanya. Any last words?"

"Seems like you nothing to say, I think better I sent you to the hell."

Pistol milikku aku keluarkan dari belakang seluarku. Picu ditarik namun ada satu tangan yang menarik pistolku.

"No canim, I never make you being a murder. Let me." Evren menarik aku ke dalam pelukannya. Satu das tembakan dilepaskan.

"Tinggal sikit untuk aku," sampuk seseorang dari arah belakang.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang