"Ayden... berkemungkinan mempunyai masalah pada bahagian otaknya."
"Kenapa?" soalku ingin tahu.
"Please bare your self for what i might said," kata Raid dengan nada yang serius.
"Ayden will lost some of his memories especially memory dia pada hari tersebut. Lebih tepat memori yang terjadi pada malam itu."
Dum!
Seperti kayu besar menghempap kepala aku. Abang Ayden hilang ingatan? Allah! Dugaan apa lagi ini?
"Kecederaan yang berlaku pada kepala Ayden tidak lah terlalu serius. Mungkin disebabkan kesan pukulan pada malam itu yang menyebabkan otak dia ada hentakan sedikit," ulas Raid apabila melihat reaksi aku seperti hilang nafas tadi. Evren hanya diam apabila mendengar tentang itu. Seperti sedang berfikir sesuatu.
"Tapi, jangan risau sebab Ayden akan pulih semula seperti sedia kala. Cuma kena ambil masa sedikit untuk dia pulih. Dengan keadaan dia seperti sekarang mungkin akan membuatkan emosi dia sedikit terganggu. Malah, akan menambahkan lagi keadaan menjadi lebih buruk."
"Jadi, aku nak kau orang berdua perlu jadi tulang belakang dia kali ini. Jangan mendesak dia untuk mengingati perkara lepas. Terutamanya peristiwa malam itu. Make it slowly. Kalau tak dia akan rasa sakit. So, I need your help to make it naturally. We must keep an eye on him. Someone spying on us. The villain still out there. Please keep an eye of the danger that might happen."
"Okay. Noted. Nanti kalau ada apa-apa hal kau bagitahu aku. Aku nak kena settle keadaan dekat luar. Ayden biar Arsya yang jaga. Aku ada hal nak kena buat."
"Canim, I got to go. Kau bagitahu mama, papa dan bunda pasal benda ni. Nanti aku datang balik."
Evren dan aku keluar dari bilik tersebut selepas aku menyalami tangannya dan dia terus beredar dari tempat situ.
Tidak lama kemudian, Mak long, Eshal, Darwisy, Maeza dan Rareesa datang. Semua seperti baru habis berlari. Mak long di belakang seperti biasa dengan senyuman tidak lekang dari bibir tuanya.
Kaki mengorak langkah ke arah mereka. Tangan mak long aku cium seraya kedua-dua pipinya pula aku cium.
"Mak long masuklah dulu. Sya ada benda nak bincang dengan dia orang ini."
"Okay. Mak long masuk dulu ya," pamit mak long pada kami.
Apabila tubuh mak long sudah masuk ke dalam wad abang Ayden, aku memusingkan badanku ke belakang. Wajah satu persatu aku pandang.
Keempat-empat mereka menayangkan sengih. Namun, hanya seketika. Mereka sudah seperti cacing kepanasan. Mata terus memandang tajam ke arah anak mata mereka. Tahu kenapa aku bertindak memandang mereka sedemikian rupa.
"Kita ada hutang yang belum selesai," kataku sekilas.
Semua sudah menelan air liur masing-masing.
"Sya, best tak kahwin?" soal Maeza cuba untuk menukar topik.
"Evren layan kau baik ke?" Rareesa turut menyoal.
"Nampak lain macam lepas kahwin ni." Darwisy bersuara pula.
"Ha'ah la. Lain macam eh lepas kahwin ni." Eshal memuji aku.
"Macam apa?" soal aku.
"Lain macam. Nampak lagi cantik. Seri pengantin macam tu." Maeza memuji aku.
"Ouh. Tak tahu pula. Aku makan nasi tak makan puji. Terima kasih la ye," ujar aku dengan nada yang sinis. Puji ada sebab ni! Nak lari dari salah lah tu.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Misteri / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...