Bab 32

238 12 0
                                    

Awal pagi lagi aku dan Evren bersiap-siap untuk pindah rumah. Aku mengenakan kemeja putih dipadankan dengan pencil skirt. Rambut hanya dilepaskan manakala encik suami mengenakan baju t-shirt plain berwarna putih. Sedondon.

Setelah dua hari bermalam di rumah papa, Evren telah mengajak aku pindah ke rumah baru. Aku iyakan sahaja. Encik suami nak bawa aku tidur dekat tepi jalan pun aku sanggup. Hahaha.

Hari ini aku tidak dibenarkan menunggang Black Mamba sebab Evren mahu aku saing dengannya. Dia juga menyuruh aku mengenakan skirt pagi tadi. Alasannya dia mahu aku nampak ayu. Jadi, inilah sebab utama dia menyuruh aku memakai skirt? Black Mamba nantilah aku bonceng kau. Nak tak nak, aku sebagai isteri yang baik mengikuti arahan suamiku saja.

Elzin Hakim yang akan menjemput kami nanti. Macam biasalah. Dia personal assistant tak berbayar suami aku.

Sebuah kereta berjenama Porche Panamera Turbo yang sudah menunggu di luar. Hakim yang segak dengan baju t-shirt ungu dikenakan dengan seluar putih. Kaca mata hitam disangkut di hadapan baju apabila melihat kami datang ke arahnya.

Evren menarik tanganku untuk masuk ke dalam kereta. Dia ini pagi-pagi tak reti nak bercakap ke? Asyik diam je dari tadi. Cakap dengan papa, mama dengan bunda elok je tadi. Aku pun ikut je lah.

Rasa macam hidup dengan tunggul pula. Kalau pasangan lain at least wish good morning ke apa. Ini tak, sepatah haram pun tak bercakap dengan aku. Sekarang ini aku atau dia yang lancarkan perang?

"Morning kakak ipar," sapa Hakim yang duduk di bahagian hadapan. Kereta mewah ini sudah keluar dari perkarangan villa papa.

"Morning," balasku.

"Amacam? Best tak kahwin dengan along?"

"Rasa macam menyesal," jawabku selamba. Evren yang diam tadi sudah merenung tajam ke arahku.

"Sebab apa? Sebab along tak tegur pagi ini ke?" Hakim menyoal lagi. Bahu diangkat.

"Dia memang macam ini kakak ipar. Pagi-pagi macam ini dia berat mulut sikit nak tegur orang. Tapi, kalau dia dah tegur orang jangan harap nak suruh dia berhenti," cerita Hakim.

"Ouh. Kesian aku dapat suami bisu," kutukku.

Dia hanya memandang keluar tingkap. Malas nak layan perbualan antara aku dan Hakim. Berat betul mulut dia ini nak bercakap pagi-pagi. Belum gosok gigi kot. Hahaha.

"Hakim. Aku tahu kenapa along kau tak nak bercakap pagi-pagi." Aku sudah sengih jahat. Kalau nak mengutuk kena depan-depan, biar dia dengar. Hahaha.

"Kenapa kakak ipar?"

"Sebab dia tak gosok gigi." Hakim sudah ketawa terbahak-bahak di hadapan manakala aku sudah menekan perut menahan sakit akibat ketawa terlalu kuat.

"Dah habis kutuk aku?" Evren bersuara.

Serentak aku dan Hakim diam. Mula gerun apabila Evren bertanya. Dia ini bukan boleh dibawa main. Emosi tak stabil. Kalah ibu mengandung.

Aku dan Hakim terus mendiamkan diri. Hakim terus fokus memandang ke hadapan manakala aku lebih selesa memandang permandangan di luar. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit terasa sangat lama apabila masing-masing mendiamkan diri.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku keluar daripada perut kereta. Benda pertama yang aku nampak adalah terdapat beberapa buah kereta yang berjenama. Semua kereta dua pintu. Suami aku nak buka kedai automotif ke apa? Simpan kereta banyak-banyak buat apa? Selama aku kenal dia, dia tak pernah bawa kereta. Jangan bagitahu aku yang dia nak jadikan kereta-kereta ini semua sebagai koleksi semata-mata.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang