Bab 27

228 14 0
                                    

Genap seminggu perjanjian antara aku dan Evren. Akhirnya, dia meminta aku untuk berjumpa dengannya di cafe milik Adam. Aku terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Aku sudah menimbang tara untuk membuat keputusan ini. Namun, sedikit takut jika keputusan aku ini akan merosak masa depanku.

Baru sahaja punggungku dilabuhkan dihadapannya. Dia terus menyoal ku.

"So, what is your answer canim?"

"Aku terima. Tapi, satu hal yang kau kena tahu. Yang aku benci dengan makhluk namanya lelaki dan aku tak pernah percaya dengan ikatan perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang menyusahkan bagi aku. Dan jangan harap aku akan jatuh cinta dengan kau macam itu je."

"But why?"

"Sebab aku tak suka!!" Bentakku.

"Tell me, why do you hate man so much? Probably,  I can heal the pain. I can be your first and last. I can't promise that I can be there for you everytime, but I can prove that I can be the best man in your life."

Aku memandangnya dengan riak yang kosong. Aku tak tahu apa tanggapan dia kepada aku kelak. Rahsia yang aku simpan kemas di ingatan. Mungkin juga sudah lupus dari ingatanku.

"What did you think about your mom?" soalku tanpa menjawab soalannya tadi.

Reaksinya tenang. Tangan diletakkan di atas meja. Satu tangannya menongkat dagu. Sedang berfikir tentang soalanku tadi.

"My mom is the best woman in my life. I love her so much. No one can beat her in my life. My mom is everything. If you want me to choose between you and my mom. I can't. Because my mom is my paradise and you will be my makmum. You know? It's just like my mom is an angel and you are my queen," balasnya panjang.

"If my dad have the same thought as you are, I think this version of Arsya Althea never be here today."

"Kenapa dengan uncle?" soalnya ingin tahu tetapi mukanya masih tenang menanti butir bicaraku.

"I HATE my dad because he cheated with another woman. Then, they got married. You know what I feel when my dad married to another woman when I was 20? It's hard for me to believe a man. Even you would always says that you love me. Word doesn't enough to prove that you loved me."

Jeda.

"Love's suck. I HATE commitment. I HATE everything about love. Lelaki yang baik tak pernah wujud Ren. Kalau aku dah benci, selamanya aku benci! Jangan libatkan aku dalam hidup kau! Aku cuma bala yang hadir dalam hidup kau. " Aku tak tahu kenapa aku boleh kongsi benda lama yang terbuku di hati aku. Aku tak percaya lelaki tapi entah mengapa mulut aku ringan untuk berkongsi rasa sakit yang aku hadap selama ni.

Cukuplah dia tahu tentang ini saja. Dia cuma alasan aku untuk terus membenci lelaki. Biarlah waktu yang menentukan segalanya kelak.

"Arsya, bagi aku buktikan yang lelaki setia tu wujud. Tak semua lelaki macam ayah kau. Trust me. Aku tak macam tu," katanya sungguh-sungguh.

"Ren, aku tak kuat macam mama aku. Orang cuma tahu yang isteri kepada Arman Akhtar itu hanya mama aku. Hakikatnya ayah aku curang. Ayah aku mengkhianati kepercayaan yang mama aku berikan pada dia. Hari ini, kau janji dekat aku yang kau boleh bagi aku semua benda yang aku inginkan. Kononnya, kau boleh redah lautan, kau boleh petik bulan dan bintang! Bila waktu yang merubah segalanya kelak kau kata ini adalah takdir yang telah Allah tentukan. Aku tak kuat nak hadap benda yang sama tapi dengan orang yang berbeza. Ibarat kau baca buku yang sama tapi tajuk yang berbeza. Aku cuma penat dengan keadaan yang papa cipta untuk aku. Masa depan aku dipertaruhkan. Orang kata cinta pertama anak perempuan adalah ayah dia tapi bagi aku, cinta pertama aku adalah patah hati terbesar dalam hidup aku. Kalau aku boleh bagitahu orang apa yang aku rasa, orang takkan cakap aku ini anak tak ada adab. Semua orang salahkan aku. Aku kena buat apa Ren? Aku bukan budak kecil yang tak tahu apa-apa." Sedaya upaya aku tahan air mataku jatuh di hadapan Ren. Aku tak nak dia cop aku lemah.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang