Bab 52

429 11 0
                                    

Zeus datang menghampiri kakiku lalu menggeselkan badannya di situ. Melihat Zeus ingin bermanja denganku, aku terus mengangkat tubuhnya di atas pangkuanku. Bulu lebat Zeus aku elus dengan kasih sayang. Hari ini aku membersihkan bilik bacaan suamiku. Evren melarang aku untuk membersihkan bilik bacaannya itu kerana dia tidak mahu melihat aku penat. Sekarang pun aku yang senyap-senyap mengemas biliknya dan aku merehatkan diri aku untuk seketika.

Ting!

Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Sebelah tangan mencapai telefon dari dalam poket seluar. Aplikasi whatsapp dibuka.

Canim, what are you doing there? I told you no need to tidy up the room. Just take a rest canim.

Macam mana dia boleh tahu? Mata melilau di sekeliling bilik bacaan itu dan mata aku terarah ke cctv di atas hujung bilik itu. Betul-betul berhadapan denganku. Tak boleh nak ingkar arahan dia.

Why you don't reply my chat canim? I'm waiting for you.

Jangan sampai abang balik rumah canim.

Melihat mesej yang kedua, aku cepat-cepat menekan aksara di telefon milikku. Evren bukan boleh diagak. Tahu-tahu muncul depan pintu rumah. Semenjak aku dikhabarkan mengandung anak pertama kami, Evren bersikap tegas kepadaku walaupun emosi dia melebihi aku. Dia yang terlebih sensitif. Alahan tak payah cakap, memang dia yang mual sepanjang tiga bulan aku mengandung. Aku hanya mengusung perut aku yang masih belum kelihatan. Kesiannya suami saya. Alahai.

Papa, mama dan bunda sangat gembira apabila Evren memberitahu tentang kehamilan anak pertama kami. Ayra dan abang Ayden pula terlebih teruja apabila aku memberitahu mereka akan jadi uncle dan aunty nanti. Kecil-kecil sudah bergelar aunty Ayra ya. Haha. Mereka siap bergaduh lagi tentang jantina anak aku nanti. Abang Ayden meneka anak aku nanti adalah lelaki supaya boleh temankan dia main superbike manakala Ayra meneka jantina anak kami adalah perempuan kerana boleh jadi teman dia bermain princess. Aku hanya menggeleng kepala apabila melihat perangai mereka berdua.

Baba dan bubu pula sudah berpindah ke Indonesia kerana mereka mahu menjagaku sepanjang aku mengandung dan melahirkan cucu sulung mereka nanti. Hakim pula sedia maklum apabila baba meminta dia menguruskan syarikat baba di Turki manakala suami aku masih menguruskan syarikat baba di sini.

Rareesa juga telah mendirikan rumah tangga dengan Adam beberapa hari yang lepas. Sekejap saja waktu berlalu, sahabat baikku sudah bergelar isteri. Aku tumpang bahagia untuk dia. Satu pengakhiran yang cukup indah untuk kami. Darwisy juga telah membuat keputusan untuk memikat wanita yang telah memendam rasa padanya di universiti dulu manakala Eshal sibuk dengan syarikat keluarga mereka. Raid Nadhif pula masih bekerja di hospital yang sama kerana lelaki itu sangat gila kerja sampaikan tiada masa untuk dia mencari pasangan hidup. Tinggal Maeza yang masih seperti dulu. Dia sering berkata yang dia takut untuk bercinta kerana kesilapan lalunya. Dia juga lebih memilih untuk fokus kepada kerjayanya.

Tentang syarikat aku, aku hanya menguruskannya dari rumah sahaja. Aku juga bakal membuka syarikat di sini. Produk aku sudah memasuki pasaran antarabangsa. Evren gembira dengan pencapaian aku namun dia menghadkan waktu aku bekerja kerana aku dan dia bakal menimang cahaya mata nanti.

"Meow, meow." Lamunan aku diganggu oleh suara comel Athena. Mungkin melihat Zeus di atas pangkuanku. Zeus diletakkan di sebelah tepi lalu Athena diletakkan di atas pangkuanku. Hal yang sama aku lakukan pada Athena. Bulunya yang gebu aku elus dengan perlahan.

"Anak mummy, lepas ni kita ada family baru tau. Walaupun mummy dah ada baby baru nanti mummy akan tetap sayang Athena dan Zeus." Mereka menjilat kaki mereka tanda mengerti.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now