Aku bangun dari dari atas tilam yang empuk itu. Tempat ini sangat asing. Bukan bilik kami. Perlahan-lahan kaki menapak ke arah pintu gelongsor. Langsir ditolak perlahan.
Pemandangan cantik menyapa mata. Gunung di atas sana menjamu mataku namun aku terkejut apabila memandang ke bawah. Cerun.
Kenapa kami berada di sini? Perkara terakhir yang aku ingat adalah kami dikejar geng motor.
Dan...
Evren. Dia dekat mana? Takkan dia tinggalkan aku seorang diri di sini. Tombol pintu ditarik dari luar. Derapan kaki seseorang menyapa telinga.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi itu semakin dekat. Badan dipusingkan ke belakang untuk melihat siapa gerangan itu kerana aku tahu itu bukan tapak kaki dari seseorang yang aku kenal tapi orang lain.
Mata coklat milikku menangkap seorang figura lelaki yang memakai penutup muka. Hanya matanya yang kelihatan. Mata itu seperti mata seseorang yang aku kenal. Dia memandang tajam ke dalam mataku.
"Dah bangun sleeping beauty ni? Best ke tidur dekat sini?" soalnya sinis. Matanya galak. Aku cuba tenang.
"Kau nak apa?" Aku biarkan saja soalannya tadi begitu saja.
"Kau," jawabnya pendek.
"Aku tak ada apa-apa. Kau nak aku buat apa? Buang masa kau je lah!" Lawanku.
"Kau yakin?" soalnya lagi. Aku angguk.
"Kau ada sesuatu yang aku tak ada."
"Kau nak apa hah?!!" Tengkingku berani.
"Kau masih sama macam dulu. Ganas! Aku suka." Matanya mengecil seperti sedang tersenyum sinis di sebalik penutup muka itu.
"Kau siapa?" Rasa takut menyerbu diri. Dulu? Aku pernah jumpa dia ke?
"Kau dah lupa aku ke sayang?"
"Jangan panggil aku sayang?!!" Marahku.
"Kenapa tak boleh pula? Sebab kau dah ada suami?" soalnya lagi.
"Kau tak layak nak panggil aku dengan panggilan itu. Aku jijik." Aku meludah ke arah muka yang kian mendekat denganku.
"Kau buat apa setan?!!" Suaranya sudah meninggi. Dia mengelap dahinya yang terkena air liurku tadi.
Rambutku ditarik. Aku mengerang sakit. Aku cuba untuk tidak melawan. Aku cuba untuk bertenang buat seketika.
"Kalau bukan sebab suami kau aku takkan jadi macam ini. Bodoh!" Tengkingnya. Matanya merah. Api kemarahannya kian memuncak apabila dia menyebut perkataan suami tadi. Apa yang Evren lakukan di belakang aku? Kenapa lelaki ini begitu marah kepada suami aku?
"Kenapa dengan suami aku?" soalku berani.
"Suami kau memang tak guna. Dia dah hancurkan rancangan aku. Kalau tak disebabkan dia aku dah dapat apa yang aku nak."
"Kau nak apa sebenarnya?!!"
Dia seperti sengaja bermain tarik tali denganku. Sabar aku senipis kulit bawang. Kalau tidak disebabkan aku ditahan oleh dia di bilik ini aku sudah keluarkan jurus taekwando aku. Tapi memikirkan keselamatan aku lebih penting aku cuba untuk memupuk lagi kesabaran aku.
"Salah satunya..."
"Aku nak kau. Kalau aku ulang tayang peristiwa enam tahun yang lepas? Mesti kau suka kan sayang." Suaranya meleret menyebut ayat terakhir itu.
Peristiwa enam tahun yang lepas? Ini ke lelaki yang rogol aku dulu? Aku jijik apabila mengingati kejadian malam itu. Lelaki di hadapan aku ini sukar dijangka. Tadi marah sekarang boleh jadi setenang air. Bahaya!
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Tajemnica / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...