Special Chapter

492 11 0
                                        

"Negara Garuda ni bukan untuk kita Raid." Elzin Hakim terus duduk di atas kerusi empuk itu.

Raid hanya diam memerhati skrin komputernya. Kerjanya buat masa sekarang terlalu banyak. Dengan pesakit yang tiba-tiba banyak. Tak menang tangan lah jawabnya sebab hospital ini kekurangan kaki tangan sekarang ini. Dan bertambah pula sepupunya yang suka mengganggu waktu kerjanya.

Ini tak termasuk gadis-gadis sengaja datang ke hospital ini hanya untuk mengurat dia. Rimasnya!

"Raid, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

"Dengar, aku tak pekak lagilah."

"Kita balik esok nak?" Elzin Hakim masih memujuk sepupunya itu.

"Yang patah hati tu kau, bukan aku. Kau nak balik, balik je lah. Tak abang adik yang menyusahkan aku," balas Raid Nadhif.

"Sampai hati kau. Kau pun nak tinggalkan aku macam along. Semua dah ada pasangan. Kita berdua je yang belum ada."

"Kalau kau nak, kau pergi lah cari. Aku tak nak terlibat dengan dunia percintaan yang hanya buat otak aku kusut. Balik lah rumah along kau. Aku sibuk lah Kim."

"Along tak benarkan datang rumah dia. Dia cakap aku dah selalu culik anak dia. Kau macam tak kenal along aku." Nafas berat dilepaskan.

"Itu bukan urusan aku. Yang aku tahu aku tak nak tengok dah muka kau depan aku. Minggu ni hampir setiap hari aku tengok muka kau. Naik hijau mata aku tengok mata kau tiap hari," bebel Raid Nadhif.

"Kau jangan nak kutuk biji mata aku. Aku antara orang yang langka tau. Kau cemburu kan sebab mata aku warna hijau."

"Tak ada maknanya aku nak cemburu dengan kau. Kau pergi balik lah," halau Raid Nadhif lagi.

"Memang fasa orang buang aku sekarang ni?"

"Duhai diriku, begitu malang nasibmu. Dunia ini kejam untuk orang-orang seperti kita." Drama!

"Abang dengan adik sama je!"

"Kau nak balik Turki buat apa?" soal Raid Nadhif serius.

"Aku kena balik sebab nak uruskan syarikat baba aku."

"Lagipun kau tahu, yang Indonesia ini patah hati terbesar bagi aku. Aku dah nak halalkan wanita itu, tahu-tahu aku kena tipu. Aku tak tahu pula yang dia nakkan aku sebab duit," luah Elzin Hakim.

"Kau masih sayangkan dia?"

"Dia cinta pertama aku Raid," ujar Elzin Hakim lemah.

"Kalau macam tu, kau balik lah Turki. Kalau kau dah pulih nanti kau balik sini semula. Heals with time Kim."

"Aku nak cakap lebih pun tak boleh. Sebab aku bukan dekat tempat kau. Kisah aku pun tak sempurna. Aku cuma nak kau lalui fasa ini dengan melepaskan semua rasa dan hal yang bukan milik kau lagi."

"Thanks bro," ucapan terima kasih terbit di bibir merah milik Elzin Hakim. Raid Nadhif angguk.

"Nak apa-apa, bagitau je aku. Tapi sekarang ni aku nak kau keluar dari bilik aku."

"Aku baru nak buat sesi luah perasaan dengan kau, kata doktor.".

"Aku bukan doktor cinta lah gila!"

"Oh, bukan eh,"

"Ada yang makan jarum kejap lagi ni," kata Raid Nadhif geram. Sepupunya ini bukan makan saman. Ada-ada saja akalnya mahu kenakan dirinya.

Ingat dia doktor cinta ke apa? Dia rawat pesakit bukan rawat orang yang tengah patah hati atau seangkatan dengannya. Sepupunya ini memang minta makan kaki juga. Haih.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang