Part 61

1.1K 41 0
                                    

"BERTEMU lagi kita dalam rancangan podcast celebrity. Hari ni kita akan bersama pelakon jelita kita iaitu Amina Khadija." Ucap pengacara iaitu Shuhada.

"Hai.." Ucap Amina sambil melambaikan tangannya kepada penonton di rumah.

"Assalamualaikum, cik Amina. Apa khabar?" tanya Shuhada.

"Waalaikumussalam. I'm good."

"So kita semua tahu yang Amina Khadija seorang artis yang semakin hangat diperkatakan sekarang ni selepas membuat kemunculan kembali selepas 3 tahun menghilangkan diri."

"So, apa cik Amina nak komen dengan situasi sekarang ni?"tanya Shuhada.

"No. I takde nak komen apa-apa. Lagipun setiap orang kan berhak cakap apa pun pasal orang lain. As long as diorang tidak menyakiti hati sesiapapun. Diorang tak sakitkan I. I okey je." balas Amina jujur.

"Okey ramai yang tertanya-tanya kemana Amina menghilang selama ni. Dan kenapa?"

Amina sengih. Dia tundukkan wajahnya sejenak sebelum pandang wajah Shuhada semula.

"I think semua orang dah sedia maklum yang I ni ada masalah dengan mental I dulu. Terlalu banyak masalah yang I terpaksa tanggung. Fikiran I bercelaru. Semua benda kucar kacir. Sampai saat dimana I can't control myself. Keadaan I makin hari makin teruk. So my family decide untuk bawak I berubat dekat UK." ujarnya sambil menggengam tangannya sendiri. Cuba mencari kekuatan.

"So seperti yang kita semua dapat lihat. Amina dulu sudah kembali lagi seperti dulu. Jadi apa yang buat you bangkit lagi macam hari ni?"

"Mama I."

"Mama you?"

Amina anggukkan kepalanya. Bagi mengiyakan soalan itu.

"Ye. Dia penyebab I bangkit lagi." balasnya sambil menundukkan wajahnya.

"Boleh cerita serba sedikit tak macam mana mama you boleh jadi penyebab untuk you bangkit?"

Amina mengangkat wajahnya semula.

"Kalau korang nak tahu, dulu I pernah koma selama 3 bulan. I sedar je, I nampak wajah mama I suram je. Muka dia sedih sangat. Bila dia nampak je I sedar, wajah dia boleh berubah happy dalam satu saat."

"Sejak tu I mula berfikir. Betul ke tindakan I ni? Apa yang I buat selama ni? Masa tu I mula sedar yang apa I buat selama ni salah."

"I mula berfikir. Siapa yang akan jaga mama I yang tua kalau I takde nanti? Siapa yang akan bercerita dengan mama I nanti? Siapa yang akan urus makan minum dia kalau dia sudah tidak larat untuk bangun lagi? Semua tu menjadi persoalan dalam kepala I."

Shuhada hanya menganggukkan kepalanya. Fokus diberikan sepenuhnya kepada Amina.

"I ni anak sulung. And sekarang ni I juga anak tunggal. Of course semua tanggungjawab tu I yang kena pikul. I tak boleh mengharapkan orang lain. Tu semua memang tugas I. Jadi nak, tak nak I kena jugak bangkit. I tak sanggup tengok mama I jaga I siang malam. Sebab dalam fikiran I masa tu, I yang patut jaga dia. I yang patut urus dia. Bukan dia yang buat semua tu untuk I." cerita Amina panjang lebar.

"Boleh bagitahu sikit macam mana keadaan you masa you kena depression dulu?"

Amina anggukkan kepalanya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now