AMINA buka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Matanya sembap. Hidup dia sekarang ni tak lepas dari tangisan. Dia jadi perempuan yang lemah. Yang sangat lemah.
Dia melihat ada sekujur tubuh yang duduk di birai katilnya. Orang itu memandang dia sambil senyum. Tangan itu bergerak sebelum mengelus lembut pipi Amina.
"Kenapa muka sembap je ni, huh? Kau sakit?" tanya figura itu lembut.
"Kau migrain ni." ujar figura tu lagi apabila dia melihat urat-urat timbul di kedua belah mata Amina.
Bertakung air mata Amina lihat figura depan matanya sekarang ni. Macam tak percaya.
"Mel!!" tubuh itu terus di tarik masuk dalam pelukannya.
"Mel, kau pergi mana selama ni Mel? Sebulan aku cari kau. Sebulan kau tak balik rumah. Kau pergi mana selama ni? Kau tahu tak aku risau?!" tanya Amina teresak-esak.
"Aku ada je la dengan kau. Aku tak pernah pun tinggalkan kau. Apa yang kau merepek ni?" tanya Melina pelik.
Bahu Amina ditolak untuk meleraikan pelukan mereka. Dia pandang wajah redup kakaknya. Bawah mata kakaknya hitam. Tubuhnya agak kurus. Rambut serabai macam tak sikat bertahun-tahun.
"Betul ni?" tanya Amina. Dia menggigit bibir bawahnya.
"Ye, la. Dah bangun. Pergi mandi. Busuk dah bau kau ni." arah Melina. Tubuh Amina di tolak supaya turun dari katil.
Tangan Melina yang tolak tubuhnya di pegang. Wajah Melina ditatap dalam.
"Kau tak mati kan?" tanya Amina dengan wajah serius.
Meledak tawa Melina dengar soalan dari Amina. Perutnya dipegang tahan senakan akibat ketawanya.
"Mati apa pulak ni kak? Apa yang kau merepek pagi-pagi ni." Melina masih lagi sambung gelaknya.
"Mama cakap kau dah takde. Aku nampak mayat kau. Aku nampak tubuh kau diletakkan dalam liang lahad." jelas Amina.
Sumpah. Dia ingat lagi masa tu tubuh Melina dikafankan. Dia ingat dia cium pipi tu buat kali terakhir. Dia ingat yang dia nangis depan kubur Melina.
Jadi semua tu khayalan dia ke? Atau mimpi dia semata-mata?
"Dah..dahh.. Kau mengigau je tu. Sekarang ni aku nak kau bangun. Teruskan hidup kau macam biasa. Kau kena kuat, okey. Macam mana kau selalu suruh aku kuat dulu, macam tu jugak la aku nak kau kuat sekarang." arah Melina.
"Tapi aku takkan kuat kalau kau takde."
"Kan aku dah cakap aku ada je dengan kau." balas Melina. Dia mengigit bibirnya supaya tidak menghamburkan ketawanya sekali lagi. Lihat wajah kakaknya sekarang ni buat dia geli hati.
"Aku takut ni cuma bayangan aku je." luah Amina.
Sekarang ni dia sedar yang dia tak boleh bezakan antara realiti dan fantasi. Dia takut yang Melina sekarang ni hanyalah khayalan yang dicipta oleh otaknya sendiri. Dia takut dia je yang boleh nampak semua ni.
"Bayangan apa? Kau nampak kan yang aku ada depan mata kau sekarang ni?" semakin hilang sabar pulak Melina layan kerenah kakaknya.
"Kau betul-betul Mel kan? Melina Salsabila adik aku kan?" tanya Amina sekali lagi. Kalini dia betul-betul ingin kepastian.
"Ye..." jawab Melina malas.
"Aku adik kau. Satu-satunya adik kau dalam dunia ni. Adik kau yang selalu bergaduh dengan kau. Adik kau yang cantik. Adik kau yang kuat." tangan Amina digengam kemas.
"Aku rindu kau." ucap Amina lalu tarik tubuh itu masuk dalam pelukannya sekali lagi. Dia teresak-esak di bahu Melina.
Dia tak tahu mahu jelaskan macam mana. Dia bersyukur sangat. Bersyukur yang Melina betul-betul ada di depannya sekarang ni. Jadi selama ni semua khayalan dia la kan? Melina tak pernah pergi.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romans|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...