DIA berjalan longlai melusuri lorong di hospital itu. Apa yang diucapkan oleh doktor tadi telah meremukkan hatinya. Kenapa yang dia tak pernah sedar yang Melina sakit selama ini. Kakak jenis apa dia ni. Dia terimbau perbualan dia dengan doktor tadi.
"Mel sepatutnya dah operate lama dah. Tapi dia degil. Dia takut operation tu gagal. Jadi, saya as a doctor tak boleh buat apa-apa la. Dia cakap yang dia nak luangkan masa dia dengan family dulu. Dia nak bersama-sama family sampai dia puas. Barulah dia dapat pergi dengan tenang. That's what she said." beritahu doktor Nora.
"Operation tu berisiko tak doktor?"
"Saya tak tahu soal tu. Semua tu kerja tuhan. Kami hanyalah sekadar membantu patient untuk sembuh saja. Tapi apa yang boleh saya katakan yang kemungkinan dia untuk sembuh tu tinggi."
"Kenapa adik saya boleh dapat kanser ni doktor?" tanya Amina ingin tahu.
Doktor Nora menghembus nafas perlahan. Wajahnya dihala tepat menatap wajah Amina.
"Okey macam ni, kanser hati ni terdapat dua jenis iaitu sekunder dan primer. Sekunder ni berpunca daripada organ lain sebelum sel kanser merebak ke organ lain termasuk hati. Primer ni pula didiognosis punca barah itu berasal dari bahagian hati sendiri." terang doktor Nora panjang lebar.
"Jadi adik saya yang mana satu?"
"Adik awak diognosis sebagai barah hati primer. Ia berpunca dari bahagian hati tu sendiri. Barah hati primer ni juga banyak jenis. Kalau yang jenis adik awak sekarang ni, dia mengalami Karsinoma Hepatoselular (HCC)" Amina kerut keningnya. Dia tak faham.
"Apa tu, doktor?"
"Sel kanser akibat daripada pengambilan alkohol berlebihan atau jangkitan virus. Kanser ni jugak berlaku pada sel hati utama yang dipanggil sebagai hepatosit. Ada juga orang panggil sub kanser ni sebagai hepatoma." terang doktor Nora lagi. Kali ni Amina mengangguk faham.
"Bila adik saya tu dapat operate doktor?"
"Kalau ikutkan keadaan Melina sekarang ni, dia sepatutnya sudah di operate. Tapi kita masih lagi tidak dapat jumpa dengan penderma hati yang sesuai untuk dia." jelas doktor Nora.
Isu ini memang selalu terjadi di hospital iaitu kekurangan penderma. Patient selalunya terpaksa mencari sendiri penderma untuk mereka.
"Penderma?" tanya Amina. Dia berfikir sejenak.
"Saya boleh jadi penderma untuk dia, doktor." tawar Amina. Dia tekad kali ni. Dia sanggup korban nyawa untuk adik dia sendiri.
"Kami tak boleh ambik penderma sembangan. Kita kena tengok keadaan kesihatan penderma tu. Apa jenis darah dia. Sesuai ke tidak dengan dia. Semua tu sangat penting untuk kesihatan patient." jelas doktor Nora tentang kriteria penderma.
"Apa jenis darah adik saya doktor?"
"Kejap saya tengok." buku rekod kesihatan Melina dibelek. Apabila sudah selesai baca, dia menatap wajah Amina semula.
"Jenis darah O. Awak tahu kan yang jenis darah O ni tak boleh terima darah jenis lain selain O sendiri? Jenis darah O ni dapat diderma kepada darah jenis lain tetapi ia tidak dapat terima darah jenis lain masuk ke dalam badan dia? Kalau benda tu terjadi jugak, patient akan kehilangan nyawa." jelas doktor Nora tentang risiko kalau tersalah langkah.
"Saya tahu doktor. Saya darah jenis O jugak doktor. Ambik saya. Saya rela jadi penderma. Saya tak nak kehilangan adik saya doktor." pujuk Amina bersungguh-sungguh. Tangan doktor yang berada diatas meja itu digengam.

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...