Part 25

777 30 1
                                    

MELINA berlari ke arah padang bola keranjang dengan tergesa-gesa. Dia sebenarnya sudah terlambat untuk menonton perlawanan bola keranjang antara fakulti. Perlawanan yang melibatkan Noah sebagai ketua pasukan di fakultinya.

Sampai sahaja di situ, dia melihat tempat duduk semua sudah penuh. Dia melilaukan matanya melihat sekeliling, mana lah tahu ada tempat kosong. Dia tersenyum apabila menjumpai dua orang kawannya itu yang sudah melambaikan tangan ke arahnya. Terdapat tempat kosong di sebelah mereka. Mungkin sudah disimpan untuk dia.

Dia terus melangkah ke arah kedua rakannya itu. Punggungnya dilabuhkan disitu.

"Kau asal lambat sangat. Puas tau kito rang tunggu kau tadi." tanya Lily apabila perlawanan sudah mahu habis, Melina baru sampai.

"Aku lupa." jawab Melina dengan tidak bersalah.

"Kau mana boleh lupa. Hari ni kita kan ada plan besar." tanya Lily lagi dengan nada yang agak tinggi.

"Ye..ye..aku tahu." Melina terpaksa mengalah. Lagipun dia tahu yang dia memang salah.

"Ni dah game ke berapa?" tanya Melina apabila Melihat perlawanan masih lagi berlangsung.

"Ni dah last game. Sekarang ni diorang seri. Kalau macam ni sampai last, confirm pinalti. Aku tak nak pinalti." keluh Anna. Matanya tidak lepas dari melihat perlawanan itu.

"Ouh..."

"Wehh..wehh..Noah nak sumbat la." tiba-tiba Lily bersuara menepuk-neluk pahanya. Dia sudah bangun dari tempat duduknya bersedia untuk bersorak.

Dia melihat Noah yang sedang membawa bola sambil menghindari dari pihak lawan itu cuba membalingkan bola ke arah jaring. Balingan itu tepat ke dalam jaring. Dia tersenyum sambil menepuk tangannya manakala dua orang rakannya itu sudah bersorak sakan.

"Yeay.....!! Masuk." Jerit Lily lantang.

"Sekarang kita ada kelebihan 2 mata didepan." Ucap Anna. Masa yang tinggal hanyalah tiga minit lagi.

Mereka menyaksikan perlawanan itu sampai akhir. Kemenangan berpihak kepada team Noah walaupun dengan kemenangan tipis apabila team Noah mendahului 2 mata dari team lawan.

Melina melihat pasukan Noah sedang bersorak di atas gelanggang bola keranjang itu. Lily, Anna dan Melina saling memandang satu sama lain sambil tersenyum sebelum menganggukkan kepala mereka. Mereka terus melangkah pergi dari tempat duduknya.

********************

MELINA, Lily dan Anna terus melangkah ke arah emcee acara tersebut. Lily terus merampas microphone yang terdapat di atas meja itu.

"Hei, korang ni kenapa." tanya emcee itu.

"Kau senyap je. Jangan kacau kerja kitorang." balas Lily sambil merenung tajam ke arah emcee itu. Emcee itu terus menundukkan kepalanya.

"Dah Mel. Kau pergi sekarang." Kata Lily sambil memberikan microphone itu kepada Melina. Kedua-dua rakan Melina itu menganggukkan kepala mereka untuk memberikan semangat kepada Melina. Melina tersenyum bersemangat. Nafasnya dihembus kasar.

'Semangat!!' bisik hatinya.

Dia tersenyum sambil melangkah ke tengah-tengah gelanggang bola keranjang itu. Dia melihat pasukan Noah masih berada di tempat duduk di tepi gelanggang itu. Dia mencari semangatnya lalu menganggukkan kepalanya. Pandangannya dihalakan ke arah Noah.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now