Part 54

1.3K 52 2
                                    

LOCENG rumah itu tekan beberapa kali. Masih lagi tidak ada orang yang membukanya dari dalam. Belle mengintai-intai dari celah-celah pagar rumah itu. Mana lah tahu ada orang yang datang tolong buka ke.

Tapi still takde orang yang buka. Jam tangan ditoleh. Sudah 30 minit dia berdiri di depan rumah Amina ini.

'mungkin takde orang kot dekat rumah' gumamnya dalam hati. Lagipun kereta puan Mahiran tiada di garaj.

Dia berjalan di tepi pagar itu lalu duduk di atas rumput. Dia mengambil keputusan untuk tunggu 15 minit lagi. Kalau puan Mahiran tidak pulang jugak, baru dia akan beredar dari rumah itu.

Tiba-tiba dia bangun dari tempat duduknya sebelum senyum. Dia nampak kereta puan Mahiran berhenti di depan pagar rumah itu. Cermin keretanya diturunkan.

"Ada apa datang rumah ni?" tanya puan Mahiran dari dalam kereta.

"Saya nak melawat Amina aunty. Nak tengok keadaan dia" jawab Belle jujur.

Lama dah dia tak tahu khabar perempuan itu sejak Melina tiada. Banyak kali dah dia berhajat mahu melawat Amina tapi jadual kerja yang padat membantutkan niatnya.

Hari ni baru dia ada masa. Dia ada jugak ajak Daniel sekali, tapi lelaki tu pulak yang busy. Jadi dia terpaksa datang sorang-sorang.

Puan Mahiran kerutkan keningnya. Dia bingung sekejap.

"Aikk.. Dia ada je dekat atas tu. Mungkin tidur kot sebab tu tak perasaan yang kamu datang. Kalau macam tu masuk la." pelawa puan Mahiran masuk dalam rumahnya.

Belle masuk ke dalam halaman rumah itu. Dia menunggu puan Mahiran memarking keretanya di garaj. Puan Mahiran sedang berjalan ke arahnya sambil membawa banyak beg plastik. Mungkin barang-barang dapur.

"Kenapa tak masuk lagi." tanya puan Mahiran apabila Belle masih lagi tercegat di depan pintu utama rumahnya.

"Tunggu aunty."

"Biar saya bawa sikit aunty." pelawa Belle. Barang-barang dapur diambil sikit dari tangan puan Mahiran.

Mereka masuk dalam rumah itu. Barang-barang semua sudah diletakkan di atas kabinet dapur.

Mata Belle melilau ke seluruh sudut rumah.

"Mina, mana aunty?" tanyanya apabila dia tidak nampak pun kelibat perempuan tu dalam rumah ni.

"Ada dekat atas tu. Pergi la naik atas tengok dia. Bilik dia belah kanan tangga." beritahu puan Mahiran sambil memasukkan sayur-sayur yang dibeli tadi ke dalam peti ais.

Belle terus menuju ke arah tangga untuk menuju ke bilik Amina. Bilik sebelah kanan dituju. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik Amina.

Tokk!! Tokk!! Tokk!!

Dia ketuk pintu bilik itu. Tapi tiada sahutan pun dari dalam. Mungkin Amina tidur kot. Bisik hatinya.

Pintu itu dipulas perlahan. Kepalanya dijenguk ke dalam. Tiada pun Amina atas katil. Dia membuka luas lagi pintu. Tiba-tiba dia terkejut lihat tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Ahhhh!!" tempiknya kuat. Seluruh pelusut rumah boleh dengar jeritannya. Dia terus meluru kearah tubuh itu lalu dipangku atas ribanya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now