"APA yang kau cakap ni? Aku tak faham." tanya Daniel. Tak faham apa yang dimaksudkan Amina.
"Tak faham ke pura-pura tak faham?" sindir Amina. Senyuman sinis menghiasi wajahnya. Jarak mereka dirapatkan.
"Kau yang mesej aku malam tu kan?" kerutan di dahi Daniel muncul.
"Mesej apa? Apa benda yang kau merepek ni? Aku betul-betul tak faham la. Sumpah! Lagipun aku mana ada nombor kau." jelas Daniel.
Tskk!
Amina sudah semakin kurang sabar. Muka bengis dipamerkan.
"Kau mesej aku cakap yang Belle pernah gugurkan kandungan kan?!" bentaknya kasar. Puas dapat cakap terus terang.
Wajah Daniel sudah tercengang. Mulutnya terbuka sedikit. Dia tergamam.
"Ap... Apa kau cakap tadi. Gugurkan kandungan? Belle? Bila? Serious aku tak tahu." tanyanya bertalu-talu. Serius dia tak tahu. Apa yang dikatakan Amina itu mengejutkan dia. Dia tak tahu apa-apa selama ini. Kedua-dua bahu Amina sudah dipaut kemas.
"Aku tanya ni Amina!! Bila?! Betul ke apa yang kau cakap ni!!" jerkah Daniel kasar. Bahu itu digoncang kasar. Dia marah melihat Amina yang tidak mengendahkan soalannya. Dia masih lagi dilemma. Mencerna perkataan yang dilemparkan Amina tadi.
Amina menepis tangan Daniel yang berada di bahunya. Dia yang melihat reaksi Daniel turut bingung. Apa sebenarnya terjadi. Dia salah orang ke kali ni? Melihat reaksi Daniel sekarang ni menunjukkan yang lelaki itu tidak tahu apa-apa langsung.
"Apa yang kau buat dekat sini sebenarnya?" tanya Amina tanpa menjawab soalan Daniel tadi.
Megat Daniel meraup wajahnya. Dia mengeluh halus lalu mengalihkan tatapannya tepat ke wajah Amina.
"Kita duduk dulu." balas Daniel. Mereka duduk di salah satu kerusi panjang yang berada di kawasan parking itu.
"Kalau aku cakap ni kau jangan bagitahu sesiapa pulak tau." ujarnya Daniel.
"Apa?"
"Aku dari dulu lagi suka dekat Belle. Dari mula-mula aku kenal dia. Masa tu aku tolong dia untuk jadi artis." Amina tergamam seketika. Raut Daniel dipandang.
"Shit!! Kau tolong dia?" tanyanya dengan nada agak tinggi.
"Haah. Kau tak pelik ke macam mana dia boleh jadi artis masa tu sedangkan semua orang kena masuk audition dulu baru boleh jadi artis. Tapi dia... senang-senang je jadi artis masa tu." jelas Daniel dengan riak biasa. Tidak terkesan dengan kemarahan Amina.
"Macam mana kau buat?" tanya Amina tak puas hati.
"Aku guna pengaruh family aku. Family aku orang business. Ramai yang kenal daddy aku. Mummy aku pulak pelakon veteran. Jadi mudah je kerja aku untuk realisakan impian Belle tu. Lagipun masa tu aku memang dah cintakan dia."
'Bodoh!!'
"Kenapa dia nak sangat jadi artis?"
Kemarahan dia masih belum reda. Dia ingat dulu yang Belle beritahunya, dia nak jadi peguam. Nak tegakkan keadilan. Tapi sekarang, tup tup jadi pelakon pulak.
Ni mesti tak lain tak bukan, Belle mahu bersaing dengan dia. Dari sekolah lagi dia nampak yang perangai Belle ni suka bersaing. Tidak boleh orang lebih daripada dia. Even masa tu dia berkawan rapat dengan Belle.
"Entah. Dia pernah cerita dekat aku yang dia nak cuba rapat semula dengan kau. Aku tak tahu kenapa. Dia cakap dengan cara ni je dia berpeluang untuk berbaik dengan kau. Dia cakap dia nak minta maaf dengan apa yang telah dia buat dulu. Dia cakap yang dia menyesal buat semua tu."

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...