Part 29

806 29 0
                                    

ROTI ditangannya disalut nutella. Jam di dinding dipandang. Pukul 7.15 pagi. Awal lagi untuk Ryan bangun dari tidur. Lagipun Ryan masih lagi cuti hari ni. Demam dia masih tak kebah lagi.

Sedang ralit dia menyalut roti tiba-tiba dia bunyi tarikan kerusi di hadapannya. Dia terus memandang ke arah itu.

"Aikk, awal you bangun. Demam you macam mana? Dah okey dah?" tanya Amina. Ryan hanya menganggukkan kepalanya. Rambut Ryan masih lagi serabai menandakan yang dia baru bangun dari tidur. Matanya masih bengkak.

Amina meletakkan roti yang sudah disalut Nutella itu ke dalam pinggan. Lalu pinggan itu diletakkan di hadapan Ryan. Dia melangkah mendekati Ryan lalu tapak tangannya menyentuh dahi Ryan. Matanya menjeling Ryan.

"Dah okey apa macam ni. Badan you masih panas lagi la." ucap Amina apabila tangannya sudah beralih dari dahi itu.

"I dah kuat la. You jangan risau." sangkal Ryan. Roti di dalam pinggan dicapai lalu di sumbat dalam mulutnya.

Amina mengeluh halus lalu mengambil tempat di hadapan Ryan. Cawan dicapai lalu menuangkan air kopi yang dibancuh tadi ke dalam cawan itu. Dia menghulurkan cawan itu kepada Ryan.

"Macam mana I tak risau. Badan you masih panas lagi tau." ucap Amina tak puas hati. Memang badan Ryan masih panas. Hidung Ryan pun masih merah. Suaranya pun masih lagi agak serak. Ryan tidak membalas ucapan Amina itu. Dia menyambung makannya seperti biasa.

"Dah makan cepat. I dah nak pergi kerja tau." kata Amina lagi apabila Ryan tidak mengendahkan apa yang dia cakap tadi. Ryan hanya menganggukkan kepala.

********************

BELL pintu berbunyi. Ryan yang sedang menonton televisyen itu menoleh ke arah pintu rumahnya. Dia mengerutkan dahinya. Pelik.

'Siapa pulak yang datang masa ni?' Bisik hatinya.

Remote di tangannya diletakkan di atas meja. Punggungnya diangkat dari sofa itu dan menuju ke arah pintu masuk rumahnya. Pintu itu dibuka.

Terjengul muka Hanif di hadapan pintu rumahnya. Dia mengeluh lalu membuka pintu luas-luas membiarkan Hanif masuk ke dalam rumahnya. Hanif melangkah masuk sambil membimbit satu beg plastik. Ryan menutup semula pintu rumah itu. Dia membuntuti langkah Hanif ke arah sofa.

"Asal kau datang rumah aku?" tanya Ryan usai duduk berhadapan dengan Hanif di atas sofa. Batal kecil diletakkan di atas ribanya.

"Aikk!! Aku nak datang rumah kau pun tak boleh ke? Ke kau ada sorokkan pape pada aku ni?" serkap Hanif. Keningnya dijungkitkan. Mana la tahu apa yang dikatakan tu betul. Tapi Ryan nak sorokkan siapa? Amina? Ke Belle?

Ryan hanya memaparkan wajah mendatar sahaja. Tidak terkesan dengan pertanyaan Hanif itu.

"Takde la. Tiba-tiba je kau datang rumah aku." ucap Ryan yang sebenarnya. Ye la siapa je tak pelik, tiba-tiba je datang rumah. Sebelum ni bukan main berat kaki nak melangkah ke rumahnya.

"Kau demam kan. Jadi aku bawak la sikit makanan dekat kau. Mana lah tahu kau tak makan lagi." Ryan memandang ke arah satu bungkusan plastik yang telah diletakkan oleh Hanif sebentar tadi. Jadi bungkusan tu makanan.

"Dah.. Aku dah makan dah." jawab Ryan. Dia dah makan roti yang dibuat Amina pagi tadi.

"Rajin kau masak demam-demam macam ni." puji Hanif. Ye la mana tak rajinnya kalau demam-demam pun boleh masak. Kalau dia yang demam, confirm tak makan seharian la jawabnya. Dia tak larat dah nak masak.

"Bukan aku yang masak, tapi Amina yang sediakan roti pagi tadi." balas Ryan selamba. Mata Hanif terbeliak. Terkejut. Badannya yang tadi disandar di sofa ditegakkan.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now