"OKEY, cantik." gumam dirinya di hadapan stand mirror.
Badannya dipusing-pusing beberapa kali. Berpuas hati dengan gaya yang dikenakan untuk hari ini walaupun agak simple.
Dia hanya mengenakan baju t-shirt putih yang agak over size lengan pendek bersama seluar cargo warna hitam. Rambutnya diikat kemas. Cermin mata hitam elok terletak di atas kepalanya.
Dia mengambil beg sandangnya dan terus berlari menuruni tangga.
"Mama, akak keluar dulu tau!" laung Amina yang sudah berada di pintu depan rumah.
Puan Mahiran yang berada di dapur sempat lagi menjenguk anaknya yang sudah mahu keluar itu.
"Okey." sahut puan Mahiran.
Amina mengambil kasutnya yang berada di atas rak. Siap pakai terus dia mahu melangkah ke arah keretanya.
Tapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terpandang ke satu arah. Dia menghembus nafas perlahan. Ada sejambak bunga tulip di depan pagar rumahnya. Sudah dua minggu perkara tu berlaku. Setiap pagi mesti akan ada sejambak bunga tulip di depan rumahnya. Dah puas dia buang dalam tong sampah.
Tubuhnya dipusingkan semula kearah pintu masuk rumah tadi.
"Mama!!" laungnya sekali lagi.
"Ya. Ada apa lagi?!" sahut puan Mahiran yang berada di dalam rumah. Dia nak buat kerja pun tak senang bila namanya asyik dipanggil oleh Amina.
"Kalau mama ada nampak bunga depan rumah, mama buang terus tau." laung Amina kuat. Berharap mamanya yang berada di dapur dengar.
Kadang-kadang muak sudah dia tengok bunga tu setiap hari. Tak payah tanya siapa pengantarnya pun dia dah tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan si Ryan. Ryan je yang tahu dia minat bunga tulip.
"Kenapa?!" sahut puan Mahiran. Nada suaranya juga agak kuat.
"Tak suka!"
"Okey."
Amina mendengus perlahan seraya pandang jam tangannya sekilas. Dah lambat. Nanti jem pulak.
"Mama, akak pergi dulu."
"Ye."
Dia terus mengorak langkah menuju ke keretanya. Enjin dihidupkan sebelum bergerak dari situ. Bunga yang elok berada depan pagar rumahnya dipijak dengan keretanya.
Puas hatinya sekarang ni. Dia rasa seperti sedang memijak Ryan je.
********************
OMBAK yang beralun itu mendamaikan fikirannya. Angin yang sejuk itu menampar pipinya. Cuaca yang agak mendung terasa amat tenang untuknya. Nafasnya di tarik dalam untuk menghirup udara segar.
Dia masih ingat. Pantai ini la yang dia dan arwah Melina pergi dulu. Kawasan ni masih tak berubah. Masih lagi cantik macam dulu. Tapi pengunjung agak berkurangan hari ini memandangkan cuaca yang agak mendung.
Dia manalah tahu yang harini mendung. Lagipun masa dia keluar tadi cuaca okey je.
Kasut yang dipakainya dicabut lalu diletakkan di atas tanah. Kakinya perlahan-lahan melangkah merapati persisiran pantai. Hujung seluarnya sudah basah terkena air.
Kedua tangan didepakan. Matanya tertutup. Cuba menghirup udara segar di sini.
Sumpah dia rasa tenang gila. Patutlah Melina dan Ryan membawanya ke pantai dulu. Memang tak dinafikan di sini dapat menenangkan fikiran dia. Dapat melupakan sejenak masalahnya. Masalah yang baru timbul. Tak lain tak bukan, Ryan la masalahnya sekarang ni.

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...