"RYAN.." panggil Amina. Ryan yang berhadapan dengannya itu mengangkat wajahnya memandang Amina.
"Ye." sahut Ryan.
"I sebenarnya nak jumpa kawan I dekat sini." beritahu Amina tujuan dia datang restoran Ryan hari ini.
"So? Jumpa la. Apa masalah nya." jawab Ryan bersahaja. Kalau nak jumpa, jumpa lah. Tak jadi masalah pun.
"Dia lelaki tau. Dia kawan I masa I kecik dulu." jelas Amina lagi. Dia tak nak nanti akan jadi salah faham. Baik dia cakap terus. Tangan Amina yang berada di atas meja itu dicapai lalu digengam kemas. Ryan melepaskan nafasnya perlahan.
"I bukan lelaki yang jenis kuat cemburu la. I okey je. I tak kisah pun you nak jumpa dengan siapa. As long as you masih lagi cintakan I." ujarnya. Kepala Amina digosok lembut untuk meyakinkan perempuan itu yang dia okey sahaja. Muka Amina yang tadi teeagak-agak berubah ceria.
"Really?" tanya Amina untuk meminta kepastian. Senyuman sudah dihadiahkan kepada Ryan.
"Ye. I tak kisah pun." balas Ryan dengan yakin sambil sambil membalas senyuman Amina.
"Dia dah on the way datang sini tau." bagitahu Amina bahawa orang yang hendak dijumpainya itu sudah nak sampai.
"Okey. I pun nak tengok jugak kawan lama you tu. Hensem sangat ke kawan you tu sampai you takut I jeles dengan dia."
"You lagi hensem." balas Amina. Lagipun betul apa yang dia cakap tu. Ryan lagi hensem dari Hakim.
Tiba-tiba pintu restoran itu dibuka dari luar. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah pintu masuk itu. Amina sudah tersenyum lebar sambil bangun dari tempat duduknya. Orang itu melangkah ke arah Amina apabila melihat Amina yang berada di situ.
"Dah sampai pun. Panjang umur dia." kata Amina sambil memandang Ryan yang masih duduk di atas kerusi. Ryan hanya memandang ke arah lelaki yang sedang melangkah ke arah mereka itu.
"Abang hakim, kenalkan ni Ryan Gabriel. Boyfriend Mina." Amina memperkenalkan Ryan kepada Hakim apabila Hakim sudah berada di hadapan mereka. Ryan bangun dari tempat duduknya lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"And Ryan, nilah abang Hakim. Kawan I masa I kecik dulu." Hakim hanya menganggukkan kepalanya lalu mereka bersalaman. Ryan hanya mempamerkan wajah beku sahaja. Dia memandang wajah Hakim dalam sebelum melepaskan jabatan tangan mereka.
'Jadi ni lah lelaki yang dimaksudkan oleh Belle dulu. Penyebab kenapa Mina putus dengan abang aku' detik hati Ryan. Hatinya sudah panas melihat wajah lelaki itu.
Yes, dia masih lagi ingat nama ni. Dia takkan lupa nama tu. Nama yang menjadi punca kehancuran abangnya.
Hakim yang melihat cara pandangan Ryan terhadap dia tu merasa pelik. Dia ada buat salah ke? Atau kehadiran dia tidak disenangi oleh lelaki itu?
Ryan datang mendekati Amina sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Amina. Amina memandang wajah Ryan lalu menganggukkan kepala. Dia menghadiahkan senyuman kepada Ryan. Ryan sempat menggosok rambutnya sebelum beredar dari situ.
"Duduk lah abang Hakim." pelawa Amina apabila kelibat Ryan sudah menghilang dari pandangan mereka. Hakim terus mengambil tempat berhadapan dengan Amina.
"Mina dah order tau air untuk abang Hakim. Mina tak tahu abang suka ke tak." beritahu Amina sambil menunjukkan air spanish latte yang berada di hadapan Hakim.
"Abang tak kisah pun air apa yang Mina order. Abang okey je." balas Hakim.
"Apa yang Mina nampak dekat Ryan tu. Abang tengok dia pelik semacam je." ujar Hakim apabila dia dapat merasakan aura dingin dalam diri Ryan.

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...