DANIEL yang perasan Ryan dari tadi lagi tak lepas tengok Amina. Pandangan tu sayu je. Mungkin dia terlampau rindukan Amina. Mungkin juga sedang berlawan dengan perasaan bersalah.
"Are you okey, bro?" paha Ryan ditepuk perlahan.
Terperanjat Ryan. Dia pandang Daniel disebelah sebelum mengalihkan pandangannya ke sekeliling dewan. Dahinya berkerut.
Mana suara sorakan tadi? Bukan ke dewan ni bingit dengan suara tepukan gemuruh. Kenapa macam tak terjadi apa-apa pun tadi?
Matanya beralih pula pada pentas. Kelihatan Amina masih lagi membetulkan microphonenya. Pengacara pula sedang membantu Amina. Mungkin ada masalah teknikal sikit.
Jadi apa yang dia tengok tadi khayalan dia je ke? Mungkin..
Bibirnya terukir segaris senyuman. Syukur. Semua tu hanyalah khayalan dia je. Tak boleh bayangkan kalau semua tu betul.
"Jauh kau tenung dia. Cantik sangat ke?"
"Tak lepas kau pandang dia." tegur Daniel.
Ryan pandang wajah Daniel sekilas sebelum pandangannya melekat pada sosok tubuh Amina kembali.
"Dia tak pernah tak cantik." balas Ryan jujur. Senyuman tak lekang di bibirnya.
Amina memang sosok perempuan yang cantik. Dia baru sedar semua benda tu. Dulu dia tak sedar. Dirinya yang penuh dengan dendam sehingga tertutup semua kecantikan perempuan itu dimatanya.
"Ciss." Daniel sudah pamerkan wajah meluat. Sengih Ryan tengok reaksi Daniel tu.
"Bini aku lagi cantik la."
"Tu bini kau. Bukan bini aku. Memang patut pun kau puji bini kau. Cuba kau puji orang lain. Aku percaya yang kau kena tidur luar malam ni." perli Ryan.
"Bini aku sporting je. Kan sayang?" tangan Belle disebelahnya di pegang.
"Apa?" Belle yang tak tahu apa-apa hanya tayang wajah blur. Dia tak dengar pun perbualan suaminya dengan Ryan. Dia lebih fokus pada Amina.
"Takde pape.." jawab Daniel.
"Tadi suami you.." baru je Ryan mahu menyakat Daniel, tapi tak jadi bila dengar suara Amina di atas pentas.
"Ehem-ehem test..test.." Amina mengetuk-ngetuk mic.
Keadaan dewan sunyi seketika. Semua tetamu memberi tumpuan kepada Amina.
"Assalamualaikum semua. First of all, I nak ucap terima kasih for this award. I really really don't expect yang I akan menang malam ni. Padahal dah 3 tahun I dah tak berlakon. But you guys still vote me for this. Thank you so much."
"Tak lupa jugak kepada mama I yang tengah tengok I kat rumah sekarang ni. Yang tak berhenti support I dari awal sampai sekarang. Yang selalu ada untuk I. Setiap jatuh bangun I. Thank you mama. And I love you so much."
"And tak lupa juga kepada my late sister, Melina Salsabila yang selalu doakan kejayaan I. Tak pernah putus bagi semangat kat I. Mesti dia orang yang paling happy kalau dia masih ada sekarang ni." ucapnya sebak. Dia menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.
"Sorry, I beremosi sikit malam ni. Mungkin tu je yang I nak cakap. Sekali lagi, thanks you so much semua." ucapnya sambil mengangkat trofi di tangannya.
Tepukan gemuruh diberikan kepada Amina. Amina senyum melihat ramai orang yang memberi tepukan kepadanya. Kakinya terus melangkah ke belakang stage.
Ryan turut tepuk tangan. Akhirnya impian Amina tercapai jugak untuk menang award tu. Kenangan mereka dulu kembali terimbau di ingatannya.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
عاطفية|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...