PINTU restoran dibuka. Matanya melilau sekeliling. Pelanggan masih sedikit. Mungkin masih awal.
"Welcome, miss." Ucap pelayan yang bernama Tasya. Amina hanya tersenyum memandang perempuan itu. Dia melangkah masuk lalu duduk di salah sebuah meja kosong yang terdapat di situ.
"Cari Ryan ke?" sapa seseorang dari arah belakangnya. Dia terus memandang ke arah itu lalu tersenyum memandang Hanif. Hanif berjalan lalu berhenti dihadapannya.
"Haah."
"Dia busy ke?" tanyanya kepada Hanif yang masih lagi tercegat dekat situ.
"Agak busy la jugak. Jap aku pergi panggil dia." balas Hanif lalu bersedia untuk melangkah pergi dari situ untuk memanggil Ryan.
"Tak payah la. Aku tak nak ganggu dia kerja. Lagipun dia tak tahu pun aku datang sini." langkah Hanif tak jadi diteruskan. Dia memandang Amina kembali.
"Kau tak nak order apa-apa ke?" Amina berfikir sejenak lalu memandang ke arah Hanif.
"Bagi aku Gran Caffè Speciale. Just that." pesannya. Hanif menganggukkan kepala lalu menulis di nota kecilnya.
"Okey." balas Hanif lalu melangkah pergi dari situ.
********************
DIA melihat sahaja Ryan membuat kerjanya di dapur. Ryan masih lagi tidak perasan dengan kehadiran dia disini memandangkan tempat yang didudukinya agak tercorot sedikit.
Ryan yang sedang memasak itu kelihatan seksi pula dimatanya apabila dahi Ryan agak sedikit berpeluh. Mungkin suhu di dapur agak panas sedikit daripada di luar ini. Mungkin.
Dia tersenyum sendiri memikirkan Ryan itu. Memikirkan macam mana dia mula rapat dengan Ryan. Macam mana Ryan akan ada dengan dia setiap kali dia berada dalam bahaya. Sampailah dia serapat ini dengan Ryan. Dia macam tak percaya yang dia boleh serapat ini lagi dengan orang luar selain daripada keluarganya sendiri.
Tiba-tiba pandangan mereka bertembung. Reaksi Ryan terkejut seketika sebelum menghadiahkan senyuman kepadanya. Dia melambaikan tangannya kepada Ryan sambil membalas senyuman Ryan itu. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia agak selesa berada dekat dengan Ryan. Mungkin disebabkan dia tidak mempunyai kawan. Mungkin. Lagi-lagi Ryan je yang sudi berkawan dengannya buat masa ini.
Ryan memberi isyarat tangan supaya tunggu dia sebentar. Dia pun turut membalas dengan isyarat okey sambil mulutnya menyebut perkataan okey. Mereka sama-sama tersenyum dengan gelagat mereka itu.
********************
"KENAPA you tak cakap yang you nak datang? Kalau tak I boleh suruh Azri je buat kerja I." kata Ryan apabila dia duduk di hadapan Amina. Amina yang sedang menghirup Gran Caffè itu terus memandang Ryan. Cawan ditangannya diletakkan di dalam pairing semula.
"Tak baik suruh orang yang tolong buatkan kerja you. Tu kerja you, biar you je la yang buat. Jangan menyusahkan orang lain. Dia pun mesti ada kerja dia sendiri yang kena buat." marah Amina. Ryan hanya mampu sengih.
"Lagipun mana ada custamer yang akan inform dulu kalau nak datang restoran. You je yang pelik-pelik." sambung Amina lagi.
"Takde ke?"
"Takde."
"Okey."
"You takde shooting ke hari ni?" tanya Ryan apabila keadaan mereka sunyi seketika.
"Takde. Shooting I kena tangguh sebab kes yang tergempar sekarang ni. Jadi I tak tahu nak buat apa, jadi I datang restoran you. Takpe kan I nak ganggu you satu hari ni." terang Amina mengapa dia pagi-pagi sudah tercegat di sini.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...