ALUNAN musik rancak yang telah dipasang oleh dj telah membingitkan suasana. Matanya melilau memandang sekeliling. Sekumpulan manusia yang sudah hanyut dalam dunia mereka sendiri sedang menari mengikut rentak musik rancak itu. Ada yang sudah mabuk. Ada juga pasangan yang berciuman dan ada juga pasangan yang saling meraba satu sama lain.
Amina sudah tidak selesa. Dia sudah lama tidak datang ke club. Last dia pergi pun 2 tahun lalu. Tu pun sebab dia ada shooting drama di situ. Even dia lama tidak datang club tak bermaksud dia tak minum arak. Dia pemabuk tegar dulu. Tapi dulu la. Sekarang tak lagi.
"Mel, jom la balik." ajak dia apabila dia sudah tidak tahan lagi duduk di situ
"Aku tak puas lagi duduk sini." Kata Melina sambil meneguk segelas wine jenama Le Mortele ke dalam mulutnya. Badannya sudah terhuyung-hayang mengikut rentak lagu.
"Kenapa kau tiba-tiba ajak aku datang sini?"
"Saja." jawab Melina mudah.
"Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita dekat aku. Aku dengar." pujuk Amina lagi. Dia tahu adiknya itu ada masalah. Dia bukan kenal adiknya baru setahun dua. Dia sudah kenal adiknya itu dari kecil lagi memandangkan mereka membesar bersama.
"Aku takde apa-apa la. Aku okey je. Cuma aku nak enjoy je malam ni."
"Kau tak pernah macam ni. Sebelum ni aku ajak kau datang sini kau selalu bagi alasan. Kenapa hari ni kau pulak yang ajak aku datang sini?" tempik Amina untuk melawan musik yang terlalu kuat.
"Kau cakap pasal tahun bila tu, kak? Aku selalu datang sini la dengan kawan-kawan aku. Nampak sangat kau sekarang dah tak kisah tentang aku. Yang kau ingat pasal aku semuanya dah lama." Melina tersenyum sinis memandang ke arah kakaknya. Bibir belah kirinya dijungkitkan sedikit. Dia mendengus perlahan sebelum meneguk lagi arak di tangannya. Pandangannya dialihkan ke arah kakaknya semula.
"Kau nak tahu kak, semua orang dah tak kisah pasal aku. Semua orang dah tak sayangkan aku. Semua orang pulaukan aku. Aku ni memang tak layak untuk dicintai ke kak? Teruk sangat ke perangai aku ni sampai semua orang benci aku. Aku rasa lebih baik aku mati je la. Kalau aku hidup pun, semua orang tak sayangkan aku jugak. Mama pun lebih sayangkan kau daripada aku ni. Aku ni anak kandung dia tau. Sedangkan kau? Kau siapa je? Cuma anak tiri mama." luah Melina sambil menolak-nolak bahu Amani dengan jari telunjuknya. Hidungnya sudah merah. Matanya sudah berair. Dadanya berombak menahan sebak mengenang nasib hidupnya sendiri.
"Apa yang kau merepek ni, Mel?" tanya Amina sambil memegang kedua-dua belah bahu Melina supaya Melina memandang wajahnya.
"Aku tak merepek. Aku cakap benda betul." tangan Amina dibahunya ditepis kasar. Air matanya sudah mengalir keluar.
"Mel, kau dah mabuk ni. Jom lah balik." pujuk Amina lagi.
"Kalau kau nak balik, kau balik la sorang-sorang. Aku nak stay sini."
"Suka hati kau la." Amina fade up dengan perangai Melina yang keras kepala lalu berdiri dari sofa itu bersedia untuk pergi. Belum sempat dia melangkah dia ternampak seorang lelaki yang berciuman ghairah di satu sudut agak tersorok di situ. Dahinya berkerut kerana dia seperti kenal dengan lelaki itu.
"Farid?"
"Farid ke tu?" dia cuba untuk mengamati wajah itu. Tiba-tiba muncul senyuman sinis di wajahnya.
'Kalau aku ambik gambar ni pastu aku tunjuk dekat Amanda mesti dia percaya apa yang aku cakap hari tu betul' bisik hatinya.
"Kau tunggu sini kejap." katanya kepada Melina yang masih duduk di sofa itu.
"Kau nak pergi mana? Kau betul-betul nak tinggalkan aku ke?" tanya Melina dengan mata kuyunya. Mabuk.
"Tak la. Kau tinggal kat sini jap. Aku ada hal. Lepasni aku datang balik." kata Amina lalu terus mengikuti langkah Farid bersama perempuan itu tadi.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...