Part 63

1.6K 47 0
                                        

"SORRY, aunty. Saya busy sikit. Ramai customers hari ni." ujar Ryan sebelum mengambil tempat di hadapan perempuan itu.

"It's okey." balas puan Mahiran sambil melilau seluruh restoran ini.

"Cantik restoran kamu." pujinya. Restoran yang berkonsepkan moden dan mewah. Pandai lelaki itu mendekorasi restorannya.

Ryan sengih "Terima kasih, aunty." ucapnya malu-malu. Segan bila berhadapan dengan puan Mahiran. Terasa aura tu terlalu kuat jika di bandingkan dengan dia yang sangat kerdil ni.

"Ada apa aunty nak jumpa Ryan ni?" soalnya untuk menghilangkan perasaan gugupnya. Dia agak pelik sebenarnya. Tiba-tiba saja perempuan itu chat untuk berjumpa dengannya. Dia pun tak tahu puan Mahiran dapat dari mana nombor telefon dia.

"Aunty nak bincang soal anak aunty." air di hadapannya dicicip.

Ryan senyum kelat. Dia mula berasa tak sedap hati. Mungkin perempuan itu datang untuk memarahinya.

"Aunty tahu kamu rasa bersalah dengan anak aunty. Aunty tahu kamu mahukan kemaafan dari dia. Tapi dia dah maafkan kamu. Jadi aunty rasa kamu dah tak perlu ganggu hidup dia lagi." ujar puan Mahiran.

Ryan memberanikan diri mengangkat wajahnya. Dia pandang tepat wajah puan Mahiran sebelum gelengkan kepalanya.

"Saya bukan setakat nakkan kemaafan dia, aunty. Tapi  saya nak dia. Saya nak anak aunty untuk jadi peneman hidup saya." balasnya berani.

"Kamu betul-betul nakkan anak aunty? Kamu betul-betul yakin yang dia yang kamu pilih?"

Ryan anggukkan kepalanya. "Ya, saya betul-betul nakkan dia aunty."

Puan Mahiran diam sejenak. Dia pandang je wajah Ryan sebelum senyum sinis.

"Saya tahu aunty tak suka saya. Saya tahu aunty takkan maafkan saya atas apa yang saya buat selama ni. Saya tahu tindakan saya terlalu melampau. Saya tahu semua. Saya tahu saya salah." ucap Ryan.

Puan Mahiran gelak halus. Duduknya dibetulkan. Kedua tangannya diletakkan diatas meja.

"Kamu salah."

"Habistu?"

Puan Mahiran berdehem sebelum menyambung bicaranya.

"Sebenarnya aunty nak jumpa kamu ni sebab aunty nak bagitahu yang aunty dah maafkan kamu. Dan aunty jugak sudah restu hubungan kamu dengan anak aunty." balas puan Mahiran sambil senyum.

"Huh?" terlopong wajah Ryan. Macam tak percaya apa yang didengar tadi.

Puan Mahiran tahan gelak lihat reaksi Ryan itu. "Mungkin kamu agak terkejut kan? Takkan semudah tu aunty terima kamu."

Ryan diam. Tak membalas.

"Aunty sebenarnya dah lama maafkan kamu. Sejak 3 tahun lepas lagi. Aunty dapat lihat kesungguhan kamu tu. Kesungguhan kamu jaga anak aunty masa dalam wad dulu. Kesungguhan kamu minta maaf dekat aunty. Wajah penyesalan di wajah kamu tu tak boleh tipu. Tapi aunty jugak harus bagi anak aunty masa. Anak aunty masih sakit masa tu." jelas puan Mahiran hal sebenar.

"Aunty tahu saya selalu melawat Amina?"

"Doktor-doktor di situ semua kawan aunty, Ryan." Ryan hanya sengih canggung. Rupanya kantoi jugak dia selalu melawat Amina dulu.

"Aunty tak tipu kan? Aunty tak main-main, kan? Aunty betul-betul dah maafkan saya, kan?" bartalu-talu soalan keluar dari mulutnya. Dia masih lagi tidak percaya.

Puan Mahiran gelengkan kepalanya. "Tak."

Tiba-tiba wajah Ryan berubah ceria.

"Alhamdulillah." Ryan meraup wajahnya. Senyuman sudah lebar terukir di bibirnya. Bersyukurnya dia rasa sekarang ni. Akhirnya dia dapat juga restu dari mama Amina.

BUKAN HEROINTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang