Part 64

1.1K 39 3
                                    

"Korang nak bawak aku pergi mana ni?" tanya Amina kepada Belle dan Daniel. Diorang mengajaknya keluar makan malam ni. Dia setuju saja memandangkan mamanya juga tiada di rumah malam ni. Dia pergi rumah kawannya. Kawannya buat makan-makan katanya.

"Kau ikut je la. Jangan banyak tanya." balas Belle. Tangan Amina di tarik untuk mengikutinya.

"Cakap la betul-betul." masih lagi dia tidak puas hati bila Belle tidak jawab betul.

Belle mendengus. "Kan aku dah cakap kitorang nak ajak kau pergi makan."

"Betul ni?" tanyanya curiga.

"Ya."

"Tapi kenapa aku tengok korang bisik-bisik je dari tadi. Macam ada sesuatu yang aku tak boleh tahu." ujarnya. Dari dalam kereta lagi dia tengok suami isteri ni asyik berbisik je dari tadi.

"Memang ada benda yang kau tak boleh tahu pun." balas Daniel selamba.

"Aku dah agak dah. Korang mesti sorokkan sesuatu dari aku kan? Apa dia. Cerita la dekat aku jugak." tangan Belle digoncang-goncang supaya perempuan itu memberitahunya.

"Kau nak tahu jugak ke hal suami isteri ni?" tanya Daniel. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

"Huh?"

"Kami bisik pasal hal suami isteri la. Kau yakin kau nak dengar jugak?" tanya Daniel lagi.

Amina diam.

"Sini aku bagitahu kau." dia berura-ura mahu merapati tubuh Daniel.

"Taknaklah." tolak Amina sambil menutup kedua belah telinganya. Meledak ketawa Belle dan Daniel melihat reaksi Amina.

Kaki mereka melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Dia tak pernah pula perasan ada restoran mewah di sini. Mungkin baru dibuka. Maklumlah dah 3 tahun dia tinggal Malaysia. Restoran ni agak mewah dan cantik. Dan dia juga yakin yang harga makanan di sini juga agak mahal.

Tapi dia tak perlu risau. Daniel yang akan belanjanya hari ini. Bersungguh-sungguh diorang berdua ajak dia keluar malam ni sampai sanggup belanja dia makan.

Makanan yang dipesan mereka sudah sampai. Dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya. Sudu diletakkan di dalam pinggan.

"Sedapnya." pujinya. Belle dan Daniel hanya tayang sengih.

"Baiknya korang nak belanja aku makan dekat restoran mewah macam ni."

Daniel jeling Amina. "Bukan kitorang yang belanja kau." jawabnya spontan.

"Habistu?" berkerut dahi Amina.

Belum sempat Daniel menjawab, bunyi alunan piano yang dimainkan oleh seseorang. Mereka semua mengalihkan pandangannya kearah yang sama.

Ryan?

Ryan yang sedang duduk dihadapan piano sambil menekan papan piano itu. Musik merdu kedengaran. Amina mengalihkan pandangannya tepat pada wajah Daniel dan Belle.

"Sampai hati korang."

Belle sudah rasa bersalah kerana bersekongkol dengan Ryan. "Sorry."

Tapi Amina hanya menjelingkan matanya tajam.

Ryan mula menyanyi. Suaranya agak merdu. Dia tak tahu pun yang Ryan pandai menyanyi. Terpukau juga dia dengar. Lagu Give Me Your Forever daripada Zack Tabudlo jadi pilihan Ryan.

So I made a move I took your hand,
My heart was beating,
Loud like I've never felt before,
You smiling at me,
Like you wanted more,
I think you're the one,
I've never seen before.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now