Part 46

1K 32 3
                                    

PANGG!!

Semua penghuni dalam rumah itu senyap. Muka Ryan terteleng ketepi apabila ditampar oleh daddynya. Tangan kirinya naik memegang pipi yang telah ditampar itu sebelum mengalihkan wajah tepat pada raut wajah daddynya.

Wajah garang ditayangkan daddynya. Dada Dato Hisham naik turun dengan laju. Mukanya sudah merah padam. Kemarahan dia menggelegak sekarang ni apabila dia mendengar berita tentang perkahwinan anak lelaki dia.

Bukan itu yang dia paling marah. Dia marah apabila dia tidak diberitahu tentang perkahwinan itu. Mereka malah disponsor oleh anak sendiri untuk bercuti semata-mata mahu menutupi rancangan bodoh itu. Perempuan yang dikahwini anaknya pula bukan perempuan yang dirisik oleh mereka tempoh hari malah perempuan lain.

Dia juga tengok video yang telah viral dimana Amina telah pengsan pada hari wedding itu. Ini semua rancangan gila anak lelaki dia.

Bukan video tu je yang dia tengok, video Amina ditampar oleh anaknya juga dia telah tengok. Kalau dia ada masa tu, confirm Ryan akan ditampar olehnya. Dia tidak percaya tengok perangai anaknya macam tu. Dia ibarat tidak kenal dengan anaknya sendiri.

"Sanggup daddy tampar angah sebab betina tu!!" marah Ryan pada daddynya.

Mummynya hanya peluk tubuh Lily. Dia tidak mampu buat apa-apa apabila kemarahan suaminya meledak. Lagipun apa yang dibuat anaknya itu memang melampau.

"Kamu buat macam tu dekat anak perempuan orang boleh pulak?!" turun naik dada Dato Hisham menahan kemarahan.

"Angah buat bersebab." Ryan cuba belah dirinya.

"Sebab apa?!"

"Really daddy nak tahu?" tanya Ryan. Senyum sinis terukir di bibirnya.

"Because of her, along is dead!! Because of her, angah lost along!! Angah will not let the person who is the cause of death live happily. Angah is willing to do anything to return what she did!" luah Ryan. Dadanya turun naik tahan sebak apabila Teringat tentang alongnya. Kepalanya ditoleh kekiri sekilas sebelum pandang raut daddynya semula. Daddynya kelihatan tercengang.

"Apa yang kamu cakap ni angah?" tanya mummynya yang masih lagi peluk Lily. Lily juga kelihatan terkejut.

"If mummy wants to know, Amina was along's girlfriend. Dia yang paksa along untuk study kat sini. Dia yang paksa along suruh along tak teman angah dekat Australia dulu. Kalau along teman angah dulu, all those thing wouldn't happen!!"

"It's all a provision, Ryan!!" marah daddynya. Dia tidak suka Ryan marah orang lain tentang kematian anaknya.

"Provision?" tanya Ryan sinis.

"What provision? God's provision?!"

Daddynya diam. Tidak tahu apa yang patut di balas. Wajah Ryan tidak lepas dari wajah sinis.

"Huh!!"

"If daddy wants to know, it's not because he's stressed about his study. He's not depressed about daddy who always presses him. Daddy wants to know why it's like that?" tanya Ryan sinis. Dato Hisham pandang tepat pada raut anaknya. Ingin tahu apa sebab anaknya ambil keputusan itu.

"Because Amina cheated on him. He trusts her so much but she betrayed him. How could her. Along sakit. Along tak boleh terima benda tu. Along terlalu percaya betina tu sampai dia sanggup ambik nyawa dia sendiri."

"Kalau dia tak jumpa betina tu, dia takkan tinggalkan kita la!! Mungkin along ada lagi sekarang ni. Angah pun takkan hilang satu-satunya abang angah." luah Ryan sebak. Air matanya yang bertakung di tubir mata disapu kasar. Mukanya sudah merah padam. Isi rumah itu senyap dengar luahannya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now