Part 69

1.4K 36 4
                                    

WAJAHNYA di touch up sedikit. Rambutnya pula sudah siap digayakan dengan kemas. Dia bangun dari kerusi meja solek. Badannya pula ditilik sebelum dipusingkan sedikit. Gaun yang berwarna merah terletak cantik pada tubuh langsingnya.

Segaris senyuman terukir di bibirnya. Puas hati dengan hasilnya sendiri.

"Okey dah siap."

Malam ini dia dan Ryan di jemput untuk menghadiri majlis makan malam syarikat Megat Daniel. Lelaki itu juga mengadakan majlis ulang tahun kelahiran puteri sulung mereka yang ke-2 tahun.

Beg tangannya di capai sebelum di pusingkan tubuhnya. Baru je hendak keluar dari bilik dia mengeluh. Kelihatan Ryan masih lagi tak siap. Lelaki itu sedang memakaikan tali leher.

Amina perlahan-lahan mengorak langkah merapati tubuh Ryan. Ryan yang melihat Amina merapatinya itu menjungkitkan keningnya.

"Sini I tolong you." pelawanya. Tangan Amina sudah naik memegang tali leher Ryan. Kini tubuh mereka saling berhadapan. Perlahan-lahan tangan Ryan naik melingkar pada pinggang perempuan itu. Matanya pula hanya memerhati tingkah Amina. Kepalanya ditunduk sedikit untuk melihat wajah Amina memandangkan perempuan itu lebih pendek darinya.

"Dah siap." Amina senyum apabila melihat hasilnya sendiri.

Dia baru je hendak merungkaikan rangkulan Ryan pinggangnya tetapi Ryan semakin memperkemaskan rangkulan itu menyebabkan badannya dengan badan Ryan bersentuhan. Kedua-dua tangan Amina pula memegang dada bidang Ryan untuk menahan badannya.

"Apa ni, Ryan?" rungutnya.

"Terima kasih." ucap Ryan perlahan.

Amina mendongakkan kepalanya untuk pandang wajah Ryan. Dia hanya tayangkan wajah datar.

"Tak perlu terima kasih pun Ryan. I just pakaikan necktie untuk you je la." balas Amina. Kadang-kadang dia rasa Ryan ni terlebih over. Setiap hari mesti dia akan dengar ucapan terima kasih yang keluar dari mulut lelaki itu. Sampai naik muak dia.

"Bukan sebab tu."

"Habistu?"

"Sebab terima I dalam hidup you. Sebab sudi ada di setiap proses hidup I. Sudi berkembang sama-sama dengan I. Sampai sekarang I macam tak percaya yang you dah jadi milik I." pipi Amina dielus lembut.

"I rasa ini semua macam mimpi. Kalau ni mimpi, I  rasa inilah mimpi paling terindah dalam hidup I."

Amina senyum.

"Kadang-kadang I jadi terfikir kalau nanti I ada buat kesalahan besar dalam hidup you, you nak maafkan I macam dulu jugak tak?"

Amina mengeluh berat. Dia pandang tepat pada mata lelaki itu.

"Ryan... you kena ingat. Setiap orang buat salah. Setiap orang tak pernah terlepas buat kesilapan dalam hidupnya. Kita hanya manusia biasa. Siapa kita mahu menghukum orang?"

"Kadang-kadang bagi peluang kedua bukan keputusan yang buruk. Setiap orang berhak untuk diberi peluang sekali lagi untuk membuktikan dia betul-betul sudah berubah." Ucap Amina.

"Thank you."

"Sampai bila you nak berterima kasih, Ryan?" tanyanya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now