PUAN Mahiran duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Amina. Tangan itu di pegang erat. Dia memandang wajah polos anaknya yang masih lagi tidak sedarkan diri.
"Anak mama kuat, kan? Mama tahu anak mama ni kuat." kepala itu dielus lembut.
"Mama dah takde sape-sape lagi dalam dunia ni. Mama just ada anak mama ni sorang je lagi. Jangan tinggal mama dekat sini sorang-sorang ye, sayang?"
Air mata keluar di tepi kelopak mata Amina yang terpejam. Mengalir sehingga ke telinga.
"Kenapa nangis ni? Anak mama sakit, ye?" air mata Amina yang merembes di tepi mata itu disapu.
Beep!!
Beep!!
Beep!!
Selepas je dia sapu air mata tu, tiba-tiba monitor diselah Amina itu berbunyi deras. Panik puan Mahiran. Monitor itu juga menunjukkan garisan tidak stabil. Puan Mahiran jadi kalut. Butang kecemasan di situ ditekan berharap doktor datang dengan segera. Dia melihat dada Amina sudah tidak berombak. Seperti tiada nafas di situ. Dia kaku ditempat duduknya sejenak.
'Tak. Tak mungkin yang Amina pun tinggalkan dia jugak.' Bisik hatinya sayu.
Doktor sudah ramai masuk ke dalam ruangan itu. Keadaan sedikit kalut. Puan Mahiran terpaksa berundur sedikit ke belakang untuk memberi laluan kepada doktor-doktor itu.
"Check her rhythm now!!" arah seorang doktor kepada doktor lain. Doktor itu terus memeriksa denyutan nadi di leher Amina sebelum menganggukkan kepala.
Mesin defibrillator dihidupkan. Manakala seorang doktor sudah berada di atas badan Amina untuk melakukan cardiopulmonary resuscitation (CPR). Dada Amina ditekan beberapa kali sementara menunggu mesin defibrillator. Tetapi masih lagi tiada degupan jantung dihasilkan.
Seorang lagi doktor merapati tubuh Amina. Butang bajunya di bahagian dada dibuka luas dengan pantas. Pad elektrod di keluarkan lalu diletakkan di dada Amina. Defibrillator diletakkan di dada kanan Amina manakala satu lagi diletakkan di perut kiri Amina.
"Charged and clear!" arah doktor yang memegang defibrillator. Doktor yang berada tepi katil itu mengangguk kepala lalu menekan mesin defibrillator. Dada Amina terhenjut ke udara sebelum jatuh semula.
Monitor di sebelah Amina masih lagi menunjukkan garisan lurus.
"Sekali lagi."
"Shock!" masih sama. Monitor masih juga menunjukkan garisan lurus.
"Shock!" sekali lagi alat itu diletakkan didada Amina. Namun monitor jantung Amina hanya menunjukkan garisan lurus. Puan Mahiran terkaku berada di situ. Dia sudah tidak tahu apa yang patut dia rasa sekarang. Adakah dia akan kehilangan anaknya buat kali kedua?
Dia sudah tidak sanggup melihat anaknya itu terus menderita. Tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak sanggup untuk kehilangan anaknya buat kali kedua.
Puan Mahiran melihat para doktor itu sudah menutup mesin defibrillator itu. Doktor yang pegang mesin defibrillator gelengkan kepalanya kepada para doktor-doktor lain. Dia sudah tahu apa keputusannya. Dia melihat seorang doktor sudah menghampirinya.

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...