Part 51

1.2K 45 2
                                    

HAIQAL diam je dari tadi. Cuba mencerna apa yang terjadi sebenarnya. Dia rasa dia tak silap dengar tadi. Papanya memanggil Melina 'anak kita?.' Jadi selama ni Melina adik dia sendiri? Adik kandung yang berlainan ibu?

Apa yang terjadi sebenarnya. Dia tak tahu apa yang patut dia rasa sekarang ni. Marah, benci, kecewa semua ada dalam diri dia. Baru dia perasan yang nama bapa mereka sama. Abdul Rahman.

Haiqal meraup wajahnya. Tak tahu mahu bagi reaksi apa.

Dia benci dengan papa dia sekarang ni sebab papa dia seorang lelaki yang tak bertanggungjawab. Dia marah papa dia sekarang ni sebab papanya tidak tahu kesusahan yang terpaksa di hadapi oleh keluarga Mel.

Dia juga sedih mengenang nasib yang telah menimpa Melina. Melina yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Melina yang selalu mendambakan sosok seorang ayah. Melina selalu rindukan pelukan seorang ayah. Tapi dia senang-senang je boleh dapat semua tu dari papa mereka.

Kenangan bersama dengan Melina terimbau satu persatu. Dia yakin yang selama ini Melina tahu yang mereka sebenarnya adik beradik.

"Qal?" panggil Melina. Dia mengangkat kepalanya memandang wajah Melina. Haiqal sudah menjungkitkan keningnya.

"Can I hug you?" pinta Melina. Wajah Haiqal yang tadi tenang sudah mula gelabah.

"No!! Haram!!" tolak Haiqal.

"Kau pegang tangan aku selama ni tak haram pulak." perli Melina.

Haiqal tidak mengendahkan perlian Melina itu. Kedudukan mereka sudah dijauhkan. Belum sempat Haiqal bangun dari tempat duduknya, Melina sudah memeluk tubuhnya kemas. Tubuhnya sudah menjadi kaku. Dia tidak pernah dipeluk dengan mana-mana perempuan pun selama ni.

"Anggap je kali ni tak haram. Anggap je kau peluk ni adik kau sendiri. Aku just nak semangat dari kau je. Lagipun aku nak berterima kasih dengan kau sebab kau selalu ada untuk aku. Thanks for everything, Qal." Haiqal yang tergamam tadi itu mula membalas pelukan itu. Belakang Melina ditepuk-tepuk perlahan untuk memberikan semangat kepada gadis itu.

Kenangan masa dia pujuk Melina di gelanggang bola keranjang semasa Noah dan Aliya dikhabarkan sudah bercinta. Masa tu dia yang pujuk Melina untuk kuat.

Satu lagi memori bersama Melina terimbau di fikirannya. Ini baru je berlaku kelmarin. Masa dia confess perasaannya dekat Melina.

"Aku suka kau." lafaz Haiqal senafas. Melina terdiam. Tercengang dengar perkataan yang baru keluar dari mulut Haiqal.

"Aku pun tak tahu bila aku mula suka kau. Aku tahu kau terkejut. Dulu aku ingat sebab perasaan empati aku je. Tapi sekarang baru aku sedar aku betul-betul sukakan kau." terang Haiqal.

"Apa kau cakap ni?" tanya Melina untuk kepastian. Takut dia silap dengar.

"I know it's hard for you. But I have to be honest. Before this, I really looked at you as a friend until I realized loved you. I really really love you." Haiqal cuba pegang tangan Melina. Tapi Melina menjauhkan diri.

"Semua ni salah, Haiqal!!" bentak Melina tiba-tiba.

"Apa yang salah?"

"Kita tak boleh bercinta. Kau tak boleh ada perasaan cinta pun kat aku. Berdosa, Haiqal." ucap Melina. Dia mengeluh perlahan.

"Kenapa?" tanya Haiqal sedikit kecewa. Tiba-tiba pandangan melekat pada pergelangan tangan Melina. Dia senyum sinis.

"Sebab kau dengan Noah kan sekarang ni? " tanya Haiqal. Melina tayang muka blur.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now