MATA Amina terbuka secara perlahan-lahan. Matanya masih kabur. Bebola matanya bergerak sekeliling bilik yang agak asing ini. Ruangan yang serba putih
Kemudian pandangannya beralih pula ke tangan kirinya. Terdapat drit telah di sambung di tangannya untuk dimasukkan air di dalam badannya. Tangan kanannya pula cuba memegang kepalanya. Kepala dia agak pening.
Dia cuba recall balik apa yang sudah terjadi sebelum dia terlantar di sini. Matanya yang tadi kering mula berair apabila dia ingat semula satu persatu kejadian sebelum dia pengsan.
'Ryan kahwin dengan Amanda di depan matanya sendiri'
Dadanya sudah berombak kencang. Tangisan yang tadi perlahan semakin deras. Dia masih tak percaya apa yang dia alami tadi. Dia berharap semua yang berlaku tadi hanyalah sekadar mimpi sahaja. Apabila dia bangun, keadaan menjadi normal seperti biasa.
Tetapi harapan dia musnah apabila dia melihat dirinya masih lagi berpakaian pengantin. Maksudnya apa yang terjadi tadi adalah reality. Ryan telah khianat dia.
Dia cuba cari telefon dia. Dia pandang meja di sebelah katilnya. Terdapat beg tangannya disitu. Beg itu diselongkar lantas mengeluarkan telefonnya dari situ. Cuba mencari artikel tentang Amanda Watson.
Sebelah tangannya sudah menekup mulut. Matanya masih lagi baca tajuk artikel itu.
'Amanda Watson sah bergelar isteri kepada seorang seorang chef dengan sekali lafaz'
Dia lihat gambar Ryan peluk pinggang Amanda di atas pelamin. Dua-dua senyum man is. Ibarat mereka pasangan bercinta sebelum ni. Dia cuba scroll ke bawah lagi. Dia jumpa satu lagi tajuk artikel yang buat dia sakit hati.
'Amina Khadija cuba halang perkahwinan Amanda Watson?'
Dia lihat ada video dia pengsan disitu bersama memakai gaun pengantin. Keadaan agak huru-hara seketika. Semua wartawan di situ cuba berkerumu untuk mengambil gambarnya. Bukan cuba untuk menolongnya.
"Ahhh!!!" telefon di tangannya dihempas kuat di dinding. Habis berkecai. Hatinya hancur.
Pintu bilik wad itu dibuka kasar dari luar. Muncul Melina disitu yang nergegas datang menghampirinya.
"Akak, kenapa ni?" tanya Melina risau. Kepala Amina di tarik pada dadanya.
"Shhh. Calm down, okey? I'm here." pujuknya.
"Why Ryan buat aku macam ni? Apa salah aku?" tanya Amina dalam esakan. Air matanya sudah bercucuran di wajahnya.
"Aku tak cantik ke?"
"Aku ni jahat ke?"
"Ke sebab aku dah takde pape sekarang?"
"Dah. Dah. Enough." pujuk Melina. Bahu kakaknya ditepuk perlahan.
"Stop thinking about this bullshit!! He don't deserve you. You're perfect. Dia yang buta sebab tu dia buat kau macam ni."
Melina merengus kasar. Dia memegang kedua bahu kakaknya supaya pandang dia.
"Don't cry. Hari ni Mel nak paksa kau jangan nangis. Dulu memang Mel akan biarkan kau nangis. But not today. Not for him. Dia tak layak untuk ditangisi pun. Kau sepatutnya happy sebab tuhan pisahkan kau dengan jantan keparat macam tu."
"Jadi why you should cry. You should to be happy sebab tuhan remove orang yang tak pandai hargai kau. Tuhan remove orang yang yang khianat kau. Jangan bazirkan setitis pun air mata tu untuk orang yang tak guna."
Amina angkat wajahnya pandang Melina. Air mata yang bercucuran di pipi di biarkan.
"Kenapa mesti Amanda? Dia tahu aku tak suka Amanda. Tapi why perempuan tu jugak dia pilih?" tanya Amina lirih.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...