BERKAT pengaruh daripada keluarga Daniel, berita tentang penangkapan ayah Belle tidak dihebohkan kepada public. Daddy Daniel iaitu Tan Sri Megat Taqiuddin telah membayar pihak polis untuk menutup mulut mereka tentang kes ini. Itu tidak dikira rasuah memandangkan hal itu untuk menjaga imej baik Belle sendiri.
Lagipun jika pihak polis melanggar perintah itu, Tan Sri Megat Taqiuddin tidak teragak-agak untuk menyaman balai polis tersebut.
Untung Belle dapat bertemu dengan lelaki yang baik seperti Daniel. Sekarang ni dia nampak yang Daniel tu betul-betul sayangkan Belle. Sanggup tunggu Belle bertahun-tahun lamanya. Walaupun secara terang-terangan dia di tolak, tapi dia masih tunggu Belle.
Mungkin ini hadiah daripada tuhan untuk Belle setelah apa yang dia alami selama ini. Balasan untuk Belle setelah ujian.
Perasaan marah dia pula? Tipulah kalau dia cakap yang dia sudah maafkan Belle. Benda tu akan ambik masa. Tapi dia percaya yang suatu hari nanti yang perasaan itu akan hilang dengan sendiri.
Lagipun dia kena faham keadaan Belle masa tu. Kalau dia jadi Belle pun, mungkin dia akan buat benda yang sama. Belle boleh dikira masih mentah lagi masa tu.
Amina melangkah keluar dari bilik. Ruangan dapur dituju. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Ryan yang sedang sibuk menyiapkan sarapan mereka berdua. Dia memeluk tubuh sebelum mengukir senyuman di bibir.
Dia dan Ryan sekarang ni tinggal satu rumah. Dia tinggal di rumah Ryan. Memandangkan mereka satu minggu lagi mahu kahwin, jadi dia rasa tidak salah untuk dia berpindah masuk ke rumah Ryan lebih awal. Lagipun nanti dia akan jadi isteri Ryan jugak.
Dia tengok Ryan ralit menyiapkan sarapan mereka sehingga tidak menyedari kehadiran dia dekat sini. Ryan yang memakai apron tanpa baju itu kelihatan seksi di mata dia.
Dia mengorak langkah merapati Ryan. Badan itu di peluk dari belakang. Badan itu tersentak sedikit. Mungkin terkejut dengan tindakan dia yang tiba-tiba.
"Sayang dah bangun?" tanya Ryan sambil memusingkan badannya. Dahi Amina dicium sekilas.
"Hmm."
"You pergi mana malam tadi? I tunggu you lama tau." tanya Ryan. Pelukan di tubuh Ryan di lepaskan. Dia berdiri di sebelah Ryan sambil melihat lelaki itu sedang menyuapkan sarapan mereka.
"I ada hal mendadak semalam. Sorry I buat you menunggu." jawab Amina.
Dia tidak menjejaskan apa yang terjadi semalam. Bagi dia, itu semua aib Belle. Jadi biarlah benda tu tersimpan selamanya. Ryan tak perlu tahu.
"You kenapa ni? You penat, err?" tanya Ryan apabila melihat wajah Amina sungul saje. Amina terus memeluk badan Ryan sekali lagi apabila mendengar soalan itu.
"I just want my energy. I just wanna hug you like this." balas Amina. Pelukan semakin diperkemaskan.
"Hey, kenapa ni? You macam ada masalah je? Kalau you ada masalah, you boleh story kat I." pujuk Ryan. Mana lah tahu Amina ada masalah yang nak dikongsikan ke.
"Mana ada la. I just miss you."
"Sure takde pape ni?"
"Ye. Seharian I tak tengok you kemarin. Jadi I rindu you." balas Amina sambil mendongak wajahnya untuk memandang Ryan.
Cupp!!
Ryan cium bibir Amina sekilas. Senyuman terukir di bibir mungil Amina.
"Gedik." Ucap Ryan.
"I'm starving."
"Starving?" tanya Ryan sambil mempamerkan wajah gatal. Keningnya dijungkit beberapa kali. Mukanya semakin dirapatkan dengan wajah Amina.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...