RYAN dan Amina berjalan masuk ke dalam sebuah butik mewah yang berada di tengah-tengah bandar KL untuk mencari dress wedding mereka. Pelayan butik itu terus menghampiri mereka apabila melihat mereka melangkah masuk ke dalam butik itu.
"Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya pelayan kedai itu kepada Ryan. Ryan hanya menghadiahkan senyuman sebelum menjawab soalan perempuan itu.
"I nak cari dress yang sesuai untuk wedding kami. You boleh tolong saya carikan tak?" Jawab Ryan.
"Boleh saya tahu tema apa ye apa wedding encik nanti?"
"Warna putih."
Pelayan itu terus melihat ukuran tubuh Amina untuk memudahkannya mencari dress yang sesuai dengan ketinggiannya. Tingginya lebih kurang 165 cm jadi mungkin agak mudah baginya kerana banyak baju yang saiznya sesuai dengan ketinggian Amina.
"Okey baiklah. Encik dan Cik boleh duduk dulu kat atas sofa tu. Saya nak cari dress sekejap." sambil menunjukkan kearah sofa yang berada ditengah-tengah butik itu lalu terus meninggalkan mereka.
Mereka terus menuju ke arah sofa itu lalu duduk di situ sementara menunggu pelayan itu datang semula. Telefon bimbitnya dibuka untuk melihat update hari ini.
Beberapa minit pelayan itu pergi, dia datang semula dengan membawa beberapa helai dress di tangannya lalu diberikan kepada Amina untuk mencuba. Ada lebih kurang 7 pasang dress di tangannya.
"Cik boleh cuba dulu dress ni. Kalau tak sesuai kita boleh cari yang lain." Amina angguk kepala sebelum mencapai dress yang berada di tangan pelayan itu.
"You tunggu sini jap, tau." arah Amina. Ryan angguk kepala sebelum mengalihkan pandangannya ke arah telefonnya semula.
Amina terus membawa baju tersebut ke dalam fitting room. Pekerja butik itu masih lagi statik berdiri di situ.
Setelah memastikan yang Amina betul-betul sudah masuk ke dalam fitting room, dia mengambil telefon Amina yang berada di dalam beg. Ruangan chat dibuka lalu menaipkan sesuatu. Senyuman sinis terukir di bibir. Setelah selesai, dia meletakkan telefon itu ditempatnya semula.
Beberapa minit kemudian Amina keluar dari bilik itu. Ryan menghadiahkan senyuman manis kepada Amina. Dia memakai dress yang berwarna putih paras kaki.
"How?"
Cantik tetapi bukaan pada bahagian dadanya terlalu terdedah. Ryan tidak berapa suka. Kepalanya terus digeleng menandakan yang dia tidak suka. Amina terus masuk semula ke dalam fitting room sambil mengeluh. Ryan menyandarkan badannya ke sofa.
Selepas beberapa kali tukar baju, Amina pun terus keluar dari fitting room itu dengan memakai dress yang berwarna putih yang bertahtakan berlian di bahagian dada.
Dia sudah penat. Dari tadi lagi dia asyik keluar masuk dalam fitting room untuk cuba dress dia. Yang ni pun dia dah tak tahu untuk keberapa kali. Kalau kali ni Ryan tak approved lagi, confirm yang dia akan balik. Dia dah penat.
"Kali ni I tak kira. I nak you terima jugak baju ni. I dah penat."
Ryan yang hadap telefon tadi alihkan pandangannya ke arah Amina. Senyuman terukir di bibirnya. Kalini serius cantik walaupun kelihatan sangat simple. Dress yang tidak mempunyai tangan dan bahagian dadanya tertutup. Tak nampak terlalu heavy sangat. Just nice.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Lãng mạn|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...