"WAHH cantiknya!!" pemandangan Aegean sea menghiasi pandangannya. Laut yang biru yang menandakan bahawa laut itu telah dijaga dengan rapi.
"Cantik kan?" tegur Ryan dari belakang. Ryan berjalan menghampirinya sebelum berdiri di sebelah Amina.
"Haah." Amina menganggukkan kepalanya. Dia mendepakan tangannya apabila angin sepoi-sepoi meniup tubuhnya. Rambutnya sudah berterbangan ke belakang.
"Thank bawak I ke sini. I suka sangat. Tenang je I tengok." Ucap Amina.
Ryan hanya sengih. Tangannya merangkul bahu Amina manakala tangannya sebelah lagi diseluk poket seluarnya. Amina melentokkan kepalanya pada bahu Ryan.
"I bawak sini sebab I tahu you suka laut. So I rasa tempat ni yang paling sesuai untuk you. Untuk you tenangkan fikiran you." balas Ryan. Dia juga turut tenang dengan keadaan sekarang.
Keputusannya untuk membawa Amina bercuti di Santorini adalah keputusan yang tepat. Lagipun dia rasa tempat ini sangat sesuai untuk menghilangkan stress. Pemandangan di sini juga sangat cantik. Lagi-lagi apabila sunset.
Dia telah menempah hotel di Canaves Oia Suites. Sangat berdekatan dengan laut. Jadi mereka tak perlu untuk turun ke bawah untuk melihat sunset. Cukup sahaja stay di bilik.
"Thanks Ryan."
"Tak perlu berterima kasih kat I. Tapi I yang perlu berterima kasih dekat you. Sebab you terima I balik dalam hidup I. Tu pun I dah cukup bersyukur sangat dah."
"I tak pernah bayangkan yang you akan kembali. I tak pernah bayangkan yang I akan hidup dengan you. Dan I jugak tak pernah berhenti berharap yang you dapat tahan dengan setiap kerenah I. Dapat ada setiap jatuh bangun I."
"Memiliki you adalah satu hadiah terindahnya dari tuhan untuk I. Dan I berjanji yang akan sentiasa menjaga amanat ni dengan baik. I berjanji akan menjaga you seumur hidup I." Ucap Ryan sambil mengucup dahi Amina.
"Tapi I still jugak nak berterima kasih dekat you." Amina pandang tepat wajah Ryan.
"Suka hati you la." hidung Amina dicuitnya. Sengih Amina dengan tindakan Ryan itu.
Keadaan mereka senyap seketika.
"Ryan..." wajah Ryan ditilik.
"Ya." sahut Ryan.
"Masa perkenalan kita dulu, pernah tak you kesiankan I? Pernah tak you fikir perasaan I walaupun sedikit?" tanya Amina. Tiba-tiba dia terlintas masa dia bersama Ryan dulu. Entah kenapa dia nak sangat tahu jawapan daripada Ryan.
"Kenapa you nak ungkit masa lalu tu?" tanya Ryan sambil kerutkan dahinya. Dia tidak suka isu lama dibangkitkan kembali. Dia tak mahu kenangan pahit itu terus menghantui hidup mereka.
"Saja nak tahu. Sebab I dapat rasa keikhlasan you. I dapat ketenangan bila berada dekat dengan you. I rasa ada bahu yang bisa I sandar. I tak pernah rasa itu semua hanya lakonan." ungkap Amina jujur. Dia masih ingat lagi riak wajah Ryan yang risau keadaannya. Riak wajah Ryan sabar pujuk dia. Mustahil semua tu tipu.
Ryan mengeluh perlahan. Dia pun tak tahu perasaan dia masa tu. Tapi dia tak tipu yang dia ada juga timbul rasa kesian dengan nasib perempuan tu dulu. Kadang-kadang ada juga timbul rasa tak mahu lagi meneruskan dendamnya. Tapi egonya sendiri menghalangnya.
"Entah. I pun tak sedar. Mungkin masa tu tanpa I sedar yang I sebenarnya sudah cintakan you. Mungkin sikap sombong I yang menidakkan rasa itu. Mungkin keegoan I buatkan I hanyut dalam dendam. Sampai tergamaknya I buat macam tu dekat you." ucapnya lirih.
"I'm sorry."
"I tak boleh bila teringat kisah dulu. Setiap kali je I teringat, I akan selalu menyumpah diri I sendiri. I tak boleh maafkan diri I. I akan rasa bersalah sangat even hakikatnya you dah maafkan I." dia senyum kelat.

YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...