Part 34

786 32 1
                                    

HARI ini keluarga Ryan datang ke rumahnya untuk meminang. Dia agak nervous sebenarnya memandangkan ini kali pertama dia berjumpa family Ryan.

Dia juga baru tahu yang selama ini Ryan merupakan anak orang berada juga. Dia mati-matian ingat yang Ryan ni daripada keluarga yang sederhana seperti dia juga. Tak tahu pulak dia yang daddy Ryan merupakan salah seorang pemilik syarikat architecture yang berada dekat Malaysia ni.

Tapi Ryan tidak mahu mengambil alih syarikat itu memandangkan bidang yang diminati dia adalah bidang kulinari. Manakala syarikat itu akan diambil alih oleh adik Ryan iaitu Lily nanti memandangkan Lily sekarang ni belajar dalam bidang building survey.

Sekarang baru dia sedar yang dia banyak lagi tak tahu tentang family Ryan. Dia rasa bersalah pula dengan Ryan. Ryan tahu semua pasal diri dia sedangkan dia banyak lagi tak tahu tentang lelaki itu. Dia mengeluh perlahan.

'It's okey. Nanti dia kenal lagi family Ryan. Lagipun dia ada banyak masa lagi.' bisiknya dalam hati. Cuba untuk menyedapkan perasaannya sendiri.

Air yang dibuat itu diangkat lalu menuju ke ruang tamu. Dulang air itu diletakkan di atas meja. Dia menghadiahkan senyuman kepada family Ryan. Dia bangun dari situ lalu mendekati mummy dan adik perempuan Ryan untuk bersalam. Sejurus itu, dia mengambil tempat di sebelah mamanya.

"Ni ke Amina tu" mummy Ryan bertanya kepadanya. Dia hanya mampu menghadiahkan senyuman sebelum menganggukkan kepalanya.

"Ya, auntie." balasnya. Dia hanya menundukkan kepalanya. Dia malu sebenarnya. Perasaan gementar pun ada juga.

"Cantik. Pandai pulak Ryan pilih." puji mummy Ryan. Amina hanya mampu senyum malu-malu. Seiring dalam hatinya tersengih geli hati. Geli hati melihat pakaian yang dipakainya hari ini.

Dia memandang dirinya sendiri. Dia memakai baju kurung. Tidak pernah selama ni terdetik dalam hatinya untuk memakai baju kurung. Tapi memandangkan yang keluarga Ryan nak datang hari ini, dia memaksakan dirinya untuk memakai baju kurung. Baru lah nampak sopan sikit.

"Auntie runsing sebenarnya sebab sebelum ni Ryan tu tak pernah kenalkan mana-mana perempuan dekat kami. Auntie ingat yang Ryan tu memang tak nak kahwin dah. Tapi tup-tup dia suruh auntie pergi datang meminang pulak. Terkejut juga auntie. Ingatkan dia tu bergurau, rupa-rupanya serious." beritahu Datin Shamsiah. Dia sekadar sengih sahaja. Tidak tahu mahu balas apa.

"Kamu dah berapa lama kenal Ryan?" tanya daddy Ryan pula iaitu Dato Hisham.

"Tak lama sangat. Mungkin dalam 7 bulan macam tu la, uncle." Dato Hisyam hanya mengangguk-anggukkan kepala.

"Ouh... Tak lama sangat." balasnya.

"Macam mana boleh kenal?" tanya Datin Shamsiah pula.

"Kami ada jumpa dekat satu party. Tapi kami tak rapat lagi la masa tu, auntie. Kami start rapat time dia tolong saya kena ragut." Datin Shamsiah angguk kepala.

Puan Mahiran sudah mengerutkan dahinya lalu mengalihkan pandangan ke arah anaknya. Bibirnya didekatkan di telinga Amina.

"Bila pulak tu? Kenapa mama tak tahu pun." bisiknya di telinga itu. Wajahnya sudah dijauhkan. Amina membuat reaksi muka suruh senyap.

"Ouhh.."

"Kamu ni betul-betul serious ke dengan dia? Kamu tak main-main kan?" tanya Datin Shamsiah tidak bersalah.

"Apa awak ni tanya soalan macam tu?" tegur Dato Hisham apabila pertanyaan yang dilontarkan oleh Datin Shamsiah itu sedikit kurang sopan. Datin Shamsiah sudah buat muka apabila ditegur.

"Sorry Amina. Auntie memang macam ni. Dia tegas sikit. Saya harap kamu tak ambik hati la ye?" Dato meminta maaf bagi pihak isterinya.

"Takpe uncle. Saya faham."

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now