AMINA kehulu kehilir berjalan di dalam bilik mandi itu. Dia risau dengan keadaan dia sekarang ni. Dia menunggu keputusan pregnancy test yang dibeli olehnya pagi tadi. Dia sudah lewat satu minggu period dia. Period dia selalunya teratur. Bulan ni dia tak tahu kenapa dia masih lagi tidak datang bulan.
Relax, Amina. Relax.
Kau dah nak kahwin dengan dia. Jadi anak ni akan ada bapak.
Macam mana kalau Ryan tak ready lagi untuk terima baby yang di kandung dia sekarang ni? Macam mana kalau Ryan paksa dia gugurkan kandungan ni?
'No. Ryan bukan lelaki macam tu. Ryan lelaki baik. Mesti dia happy kalau aku pregnant.' bisik hatinya. Cuba untuk mententeramkan diri sendiri.
Setelah menunggu beberapa minit, pregnancy test yang diletakkan bersebelahan sink itu di capai. Tangan kirinya menutup mulut ya. Dia terkejut. Pregnancy test itu menunjukkan dua line. Bermaksud dia pregnant.
"Aku kena bagitahu Ryan ke?" tanya Amina seorang diri. Pregnancy test itu ditilik sekali lagi. Cuba untuk confirm kan apa yang dilihat itu benar.
"No, no. Lepas kahwin aku baru bagitahu dia." ucapnya sambil gelengkan kepala.
"Yes, lepas kahwin baru aku bagi tahu dia." angguk Amina. Pregnancy test itu digenggam kemas.
Tak sabar pula dia mahu beritahu berita ini kepada Ryan. Dia berhajat mahu bagitahu Ryan lepas majlis akad nikah esok.
Dia berhajat dia mahu membuat surprise dekat Ryan nanti. Dia yakin yang Ryan akan happy dengan perkhabaran ini. Lagi-lagi mereka tidak perlu masa yang lama untuk menunggu cahaya mata.
********************
RYAN pandang wajah Amina disebelahnya. Wajah perempuan itu nampak ceria daripada semalam. Ibarat masalah dia semalam sudah selesai.
"You look happy today. Tak nak kongsi dengan I? Amina yang memegang cotton candy itu mengalihkan pandangannya ke arah Ryan.
Hari ini Ryan mengajaknya pergi fun fair. Dia sememangnya pengikut tegar Ryan setuju saja. Tambahan lagi dia pun tak nak terperap dalam rumah jugak. Dia risau fikiran dia terganggu oleh kontroversi dia dengan pengarah terkenal itu.
"Tak nak." balas Amina selamba. Ryan mengecilkan matanya tak puas hati.
"Why?"
"Nothing." balas Amina lagi. Saja dia membiarkan Ryan tertanya-tanya dengan sikapnya hari ini.
"But your face look better today. Are you serious takde apa-apa?" cungkil Ryan lagi.
"Ya. I'm just happy with you. Just that." balas Amina.
"Really?"
"Ya." Ryan menganggukkan kepala. Dia tahu yang Amina ada sorokkan something dari dia. Tapi dia tidak mahu paksa perempuan itu. Jika Amina ready mahu cerita, dia boleh je dengar.
Ryan terpandang di suatu sudut di fun fair itu lalu tersenyum. Wajah Amina yang sedang menggigit cotton candy itu di pandang.
"You tunggu sini jap." arah Ryan tiba-tiba. Amina terpinga-pinga sambil mengerutkan keningnya.
"Nak pergi mana?" tanya Amina. Tangan Ryan yang memegang tangannya juga sudah di lepaskan.
"Tunggu je." balas Ryan lalu pergi dari situ. Dia melihat Ryan sempat memusingkan badannya kearahnya kembali.
"Tunggu tau." laung Ryan dari jauh. Amina senyum melihat gelagat Ryan itu sambil anggukkan kepala. Ryan terus melangkah pergi ke arah penjual yang jual scarf.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romans|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...