AMINA berdiri dihadapannya rumah Ryan, dia tak tahu mahu menekan loceng rumah itu atau tidak. Atau dia harus pergi sahaja dari situ. Pandangannya dialihkan kearah tangannya yang memegang plastik yang berisi ubat-ubatan.
'Aku tinggal depan pintu dia je la. Lagipun mana tahu dia tidur lagi ke' bisik hatinya.
Baru sahaja dia mahu meletakkan bungkusan itu diatas lantai, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Terkejut dia.
"Mina? You buat apa pagi-pagi tercegat depan rumah I ni?" tanya Ryan musykil. Amina tegakkan tubuhnya.
"I nak bagi you ni sebenarnya." jelas Amina sambil mengangkat bungkusan yang berada di tangannya.
"Apa tu?"
"Ouh.. Ini ubat luka untuk you. Tangan you kan tak sembuh lagi jadi I pergi beli ubat untuk you." terang Amina tentang niatnya.
"Tapi kan semalam doktor dah bagi I ubat semua tu? Ke ni ubat untuk apa?" tanya Ryan sambil mengerutkan keningnya. Amina berfikir seketika lalu tersenyum sumbing ke arah Ryan.
'Bodohnya kau, Mina. Apahal kau boleh lupa yang semalam doktor dah bagi ubat.'
"Ouh ya.. I lupa kita dah pergi klinik semalam. I rasa I dah semakin tua kot. Dah nyanyuk dah." sambil tersenyum segan. Dia menundukkan kepala lalu menyelitkan rambutnya dibelakang telinga. Dia malu sebenarnya. Macam mana dia boleh lupa. Mungkin perasaan bersalahnya terlalu tebal sangat.
"Takpe la." balas Ryan.
"Kalau macam tu I pergi dulu. Sorry kacau you pagi-pagi ni." pamit Amina. Dia membawa ubat-ubatan itu sekali lalu melangkah ke rumahnya. Belum sempat dia masuk rumah sekali lagi Ryan memanggil namanya. Badannya dipusingkan semula kearah Ryan.
"Emmm... Mina.. Kalau you tak keberatan masuk la rumah I sekejap. I tengah buat sarapan sebenarnya. Kita boleh breakfast sekali." ajak Ryan. Dia memang mahu masak tadi tapi dia nak keluar sebentar untuk buang sampah. Tak tahu pula yang Amina ada depan pintu rumahnya.
"Boleh ke?" tanya Amina dengan teruja memandangkan dia memang lapar. Tapi dia takut sebenarnya. Mana la tahu tiba-tiba pencegah maksiat datang ke. Tak pasal-pasal kahwin free.
"Boleh la.. Jom la masuk." ajak Ryan sambil membuka pintu luas-luas. Badannya bergerak ketepi untuk memberi laluan kepada Amina masuk.
"Takpe la. Tak manis pulak kalau I masuk rumah lelaki." tolak Amina. Masih teragak-agak.
"You takut I rogol you ke apa ni?" tanya Ryan sambil menjungkit keningnya. Senyuman sinis diberikan. Kedua tangannya diletakkan dalam poket seluar.
"Mana adalah. I tak cakap macam tu pun." sangkal Amina bersungguh-sungguh. Mukanya sudah merah. Malu!!
"Kalau macam tu. Jom masuk. I takkan rogol you la. Ke muka I ni nampak macam perogol?" tanya Ryan lagi. Saja mahu menyakat Amina.
"Stop la cakap pasal benda tu." ujar Amina. Mukanya sudah merah. Ryan hanya ketawa melihat wajah Amina yang malu-malu itu.
"Dah masuk dalam daripada tercegat saja dekat situ." Amina pun terus masuk ke dalam rumah Ryan. Ubat-ubatan ditangannya diletakkan diatas meja ruang tamu.
"You nak keluar pergi mana tadi?" tanya Amina sambil menoleh ke arah Ryan. Ryan datang menghampirinya.
"Ouh sebenarnya I nak buang sampah tadi. Tak sangka pulak you ada depan rumah I." mata Amina beralih ke tepi pintu masuk. Ada bungkusan hitam disitu. Dia pun menganggukkan kepala.
"You tak nak pergi buang sampah ke?"
"Biar la dekat situ dulu. Nanti I nak keluar nanti I buang la." jawab Ryan sambil melangkah ke arah dapur. Amina membuntuti dari belakang.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romantik|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...