Part 24

658 29 0
                                    

"RYAN!!" panggil Amina. Dia sudah tercungap-cungap mengejar langkah panjang Ryan itu.

"Tunggu I." dia sudah penat. Dia memberhentikan langkahnya sambil membongkokkan badannya. Kedua-dua tangannya sudah memegang lutut. Nafasnya berombak kencang mencari nafas.

Ryan memberhentikan langkahnya sebelum memusingkan badannya ke arah belakang. Dia mengeluh halus lalu melangkah merapati Amina.

"Slow la you ni." ejek Ryan. Amina mendongakkan kepalanya ke atas memandang wajah Ryan.

"Bukan I yang slow, okey. You tu yang laju sangat. Tengok la kaki you tu. Kaki you panjang. Kaki I ni pendek. Mana boleh kejar langkah you." sedas Amina bagi. Bibirnya dicebik.

Semalam Ryan mengajak Amina berjogging di taman yang terdapat di kondo mewah tempat mereka tinggal. Amina hanya setuju sahaja memandangkan hari minggu. Lagipun dia tak tahu nak buat apa pagi-pagi. Jadi apa salahnya dia setuju saja.

"Kalau macam tu jom la kita rehat dulu." ajak Ryan apabila melihat Amina yang sudah kelelahan. Amina hanya mengangguk setuju. Dia terus mahu melangkah ke arah kerusi yang berada di seberang jalan itu.

Baru sahaja mahu melangkah, tangannya sudah dipegang oleh Ryan menghalangnya untuk pergi. Dia memandang ke arah Ryan sambil menjungkitkan kening.

"Jangan duduk lagi la." kata Ryan tiba-tiba.

Aikk. Tadi bukan Ryan sendiri yang ajak berehat. Sekarang kenapa nak halang dia pula. Getus hatinya.

"Kenapa?"

"Lepas kita jogging atau buat aktiviti bersukan, kita tak boleh terus duduk. Tak baik untuk jantung kita." jelas Ryan. Wajah Amina masih lagi terpinga-pinga tidak faham. Ryan mengeluh halus.

"Okey sekarang cuba you rasa degupan jantung you." tangan Ryan mencapai tangan Amina lalu diletakkan di dada kiri gadis itu. Amina hanya memandang wajah Ryan dengan tanda tanya. Masih tak faham.

"Lajukan?" tanya Ryan. Amina hanya mengangguk. Jadi kalau laju pun kenapa?

"Jadi you kena berdiri 5 minit dulu atau buat warm up bagi jantung kita berdegup dengan normal barulah kita boleh duduk. Bukan tu je tau. Kalau you terus duduk, nanti kaki you mudah kejang nanti." terang Ryan supaya Amina faham. Amina tersenyum lalu mengangguk faham.

"Ye ke? I tak tahu pun selama ni. Setiap kali I pergi jogging I terus je duduk." beritahu Amina jujur.

"Jangan buat dah lain kali."

Selepas sahaja mereka habis warm up, Amina terus memandang ke arah Ryan yang berada disisinya.

"Okey sekarang I dah boleh duduk kan?" tanya Amina. Ryan hanya menganggukkan kepala. Amina terus berlari melintasi jalan itu.

Belum sempat dia melintasi jalan, tangannya di tarik kasar oleh seseorang menyebabkan dia berada dalam pelukan orang itu. Amina masih dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak faham dengan situasi yang dialami sekarang ini. Dia mendongak wajahnya untuk melihat siapa gerangan yang menariknya itu.

Ryan?

Dadanya sudah berdegup dengan kencang melihat wajah Ryan yang sangat dekat dengan wajahnya. Dia turut merasakan degupan jantung Ryan turut laju.

"You ni, bila-bila nak jalan tu tengok kiri kanan. Ni tak, terus jalan je. Kalau I takde tadi macam mana?" marah Ryan. Geram dengan sikap tergopoh-gopoh Amina tadi. Kalau dia takde tadi mungkin Amina sudah dilanggar oleh basikal dah tadi. Nasib dia bertindak cepat.

Amina mengalihkan pandangannya ke arah jalan. Ya, ada seorang budak yang sedang menaiki basikal. Budak itu memandang ke arahnya sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now